Tuesday, May 14, 2013

KAMBING HITAM (sebelum dan sesudah 13 Mei) Usman Awang sebelum Sepinggan nasi di stadium negara lima belas ringgit cuma sengih para menteri goncang-goncang tangan - ada komentar dalam hati para taukeh gendut bibir berlemak bersama menyanyikan lagu Berjaya untuk mereka yang BERJAYA! 13 Mei Secupak beras di ibu kota semangkuk darah harganya nilai pasaran jalan raja muda - tidak ada tukaran wang hari ini harga besi mengejut tinggi pembeli-penjual saling berebutan rumah jadi hitam langit hitam merah senja ibu kota merah warna jalanraya merah air sungai kelang merah baju si anak malang menteri demi menteri di tv - demokrasi telah mangkat pemakamannya di mana saja, di mana saja pemabuk politik-ganja - taridra 13 mei mahkamah sepi para hakim kehilangan palu kini dibentuk mahkamah di jalan-jalan raya masing-masing pendakwaraya menghujah tanpa bahasa para hakim menjelma dengan wig merah saling menjatuhkan hukuman -sorak-sorai para juri tanpa kerusi. berkurung Para penggubah dendang Berjaya ke mana hilangnya para tauke bibir-berlemak nyaman bermahjung poker jadi perlu mempertajam mata dan otak ada rindu pada kuda entah makan gerangan tidak orang kayangan makan angin ke luar negeri - negara kita makmur! rakyat si buruh si miskin menggadai nyawa percuma biskut sekeping rebutan anak-anak lapar beras segenggam seperiuk kanjinya makan sekeluarga sesudah Kekuasaan negara berteriak mencari "mana dia kambing hitam kambing hitam" pemabuk politik-ganja ramai menjawab, "Kambing hitam di sini kambing hitam" namanya perkauman namanya komunis namanya ultra namanya gangster Ahli fikir negara merumuskan penyelesaian jamuan teh makan durian makanlah buah tempatan di meja muhibbah di kerusi muhibbah sesama mereka beri tanya besar di akhbar mereka. kini Betapa larisnya buku 13 mei ilham dan mimpinya seorang wali terkutuklah barang siapa mengutukinya si perkauman si komunis si ultra si gangster rakyat si buruh si miskin gali kubur sendiri di gua bimbang di penjara takut saling mencurigai kesan politik-ganja sebelum dan sesudah 13 mei. ibu kota, Mei 1969
Read more...

Sunday, July 8, 2012

Signal untuk pelancaran video lucah

Owh..... patutla cakap pasal moral.......

Dari Utusan Online


"Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, pemimpin yang bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia mesti bebas daripada dibelenggu masalah moral.


Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, pemimpin tersebut juga harus mempunyai kekuatan moral untuk membela diri tanpa menuding jari menyalahkan pihak lain."


Berita penuh di sini


Rupa-rupa produksi cerekarama sudah lama siap!


Dari blog Merah Tinta MSO


"Maklumat awal untuk sekalian orang politik! Beberapa klik vido yang akan mendedahkan keburukan para pemimpin Pakatan Rakyat sudah pun siap untuk diedarkan kepada umum. Pembikinan kilik video berkenaan dilakukan sejak beberapa bulan lalu. Ia adalah lanjutan kepada kilik vido yang didedahkan manusia digelarkan Datuk T tidak lama dahulu.


Klik video ini semuanya untuk mencemar dan memburukkan imej pemimpin tertinggi PR. Ia akan diedar sebaik sahaja parlimen dibubarkan. Kilik video ini juga akan disiarkan menerusi televisyen dan media massa PB. Pendedahan klik video ini seperti biasa akan dibuat menerusi blog-blog terpilihan yang tidak berhati perut peliharaan UBN."


Artikel penuh MSO


Inilah modus operandi yang digunapakai sejak zaman Maharaja..... ops, Mahathir.
Read more...

Friday, June 22, 2012

Cerita Subsidi Tayar Teksi....

Dari facebook Zunar

"SIAPA DAPAT KONTRAKNYA? Setiap teksi mendapat empat tayar percuma dari kerajaan. Dianggarkan ada 50,000 teksi seluruh Malaysia, bererti 200,000 tayar. Siapa agaknya yang mendapat kontrak membekalkannya? Tentulah orang Umno, tetapi siapa? Menurut yang empunya cerita dia ini dulu kartunis juga. Hmm siapa ya?"

Ulasan:
Pengiraan mudah;
Sekiranya sebiji tayar RM180.00,
maka 200,000 biji tayar ialah RM36 juta.

Inilah cara biasa melupuskan wang rakyat bagi kegunaan UBN dalam pilihanraya. UBN mempunyai beratus-ratus modus operandi untuk melupuskan wang rakyat untuk masukkan dalam kocek mereka yang akhirnya   digunakan untuk kepentingan mereka.




Read more...

Spekulasi yang bikin telur menjadi semakin kecut......

Pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat dijangka akan mara ke kubu BN membuat perhitungan 'all out' bagi merealisasikan sasaran menawan Putra Jaya.

1) Bagi pemimpin yang mempunyai rekod salahguna kuasa dan rasuah sudah tentu tidak lena tidur malam dan sering terjaga malam kerana mimpi ngeri yang sering hadir dalam tidur.

2) Komposisi pengundi yang seimbang 50:50 (Melayu:Cina+India+dll) sudah cukup mengusarkan BN. Kerana secara umum sokongan orang Cina kepada PR ialah lebih 80%, orang Melayu lebih 50% kepada PR dan orang India hampir 50% sokongan kepada PR.

3) Pelbagai isu yang membebankan BN - sama ada diwarisi dari zaman Dr Mahathir seperti PKFZ mahu pun yang baru muncul mutakhir ini seperti isu PTPTN, isu Felda, cincin, NFC dan sebagainya.

Atau mungkinkah pilihanraya ditangguh sehingga tamat tempoh 5 tahun seperti yang dicadangkan oleh Nazri Aziz 

Bacaan lanjut
1. http://jalanpulang1978.blogspot.com/2012/06/anwar-bertanding-di-selangor-lim-kit.html
2. http://en.wikipedia.org/wiki/Port_Klang_Free_Zone
3. http://www.sinarharian.com.my/politik/pru-hanya-selepas-mandat-5-tahun-lengkap-1.58921
Read more...

Sunday, June 17, 2012

Kadok naik junjung.....

Berkatalah seorang anak raja;

"Saya rasa sedih dan kesal. Kenapa hanya orang Melayu sahaja yang cuba menjatuhkan Raja? Kenapa bangsa lain takda buang masa membuat benda bodoh dan lebih fokus terhadap kerjaya untuk berjaya dalam hidup. Saya nak tengok apa akan jadi kepada Melayu kalau negara yang kita sayang ini jadi macam Singapura. Kalau dah susah, jangan sibuk nak mencari Raja. Janganlah hidup dalam mimpi. Bangun dan hadapilah kenyataan. Belajar menghargai apa yang anda ada dan bersyukur. Sesungguhnya tidak ada penawar kepada kebodohan."

Bila pulak dah orang Melayu nak jatuhkan Raja ni...... anak Raja ni sekolah ke tak sekolah? Melaka tak ada  Raja sebab Raja lari masa Portugis serang Melaka.

Siapa yang banyak dapat menafaat dari Raja?
Siapa yang dibuai mimpi?

Masa pemerintahan Madey kerabat-kerabat engkau pun tak berani nak bersuara!

Bacalah:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Johor
http://ms.wikipedia.org/wiki/Raja_Temenggung_Tun_Daeng_Ibrahim





KRISIS 1983 (PINDAAN PERLEMBAGAAN) Krisis raja2 dan pemerintah bermula sejak di zaman Tunku abdul rahman lagi.waktu itu ia dibawah pemerintahan kerajaan perikatan.ia bermula dengan perselisihan pendapat di antara tunku dengan almarhum sultan selangor pada tahun 1963. isunya tentang hak tanah seluas 10 ekar di jalan duta.dalam surat perjanjian diantara kerajaan perikatan dengan sultan selangor ada disebut bahawa sultan selangor tidak boleh menyewakan dan menjual hartanah tersebut pada bila2 masa. sultan selangor menyatakan bantahan ke atas perjanjian tersebut atas justifikasi bahawa tanah 10 ekar dijalan duta itu merupakan tanah milik negeri selangor maka ianya secara automatik dimiliki oleh sultan. perselisihan ini reda beberapa ketika tanpa ada keputusan muktamadnya. 



Pada tahun berikutnya sultan perak secara indirectly menegur kerajaan negeri dalam titahnya dalam perutusan hari raya haji di masjid kuala kangsar. antara intipati teguran tersebut berkisar kepada keengganan kerajaan negeri menuruti beberapa permintaan istana. sekali lagi krisis ini reda untuk beberapa ketika.

Krisis raja2 dan pemerintah panas kembali pada tahun 1981 antara dr mahathir dan sultan pahang yang ketika itu menjadi YDPA. ianya berpunca tentang konsesi balak. menteri besar pahang abdul rahim bakar telah 'diminta' oleh dr mahathir untuk meletakkan jawatan bagi meredakan ketegangan yang cukup serius antara kerajaan dan sultan pahang. 

Bermula dengan isu inilah maka dr mahathir telah mengambil langkah gila melakukan PINDAAN PERLEMBAGAAN pada 1983. antara intipati pindaan perlembagaan tersebut adalah :-

MEMASTIKAN YANG DIPERTUAN AGONG DAN RAJA-RAJA TIDAK MENJADI PENGHALANG KEPADA PENGESAHAN KEPADA RANG UNDANG-UNDANG YANG TELAH DILULUSKAN OLEH PARLIMEN DAN DEWAN UNDANGAN NEGERI.

Sebahagian raja-raja melayu menentang pindaan perlembagaan tersebut.paling ketara ialah sultan pahang yang bertindak selaku YDPA telah tidak hadir dalam majlis mesyuarat raja-raja ke 128 di kota kinabalu. tindakan baginda ini telah menimbulkan protes dikalangan menteri-menteri besar dan ketua menteri. 

Menteri besar kedah syed nahar shahbudin telah mengadakan mesyuarat tergempar dikalangan menteri2 besar dengan menyatakan bantahan kepada penyimpan mohor besar raja-raja.mb trengganu wan mokhtar ahmad membuat draf bantahan yang ditandatangani oleh kesemua mb2 dan ketua menteri.

Krisis tidak berakhir disitu. Mb kedah telah mengadakan rapat umum terbesar bagi menyambut kepulangan dr mahathir daripada kota kinabalu.perhimpunan rakyat itu dihadiri lebih daripada 50 ribu orang dan tatkala dr mahathir menjejakkan kakinya di airport kepala batas pada 26 nov 1983 beliau telah mengucapkan kata-kata penting di depan lautan manusia "KITA TIDAK LAWAN SESIAPA,KITA TIDAK AMBIL KUASA SESIAPA,TETAPI APA YANG HENDAK DIPERJUANGKAN ADALAH MENURUT KEHENDAK PERLEMBAGAAN'.

Perhimpunan di kepala batas merintis kepada perhimpunan besar-besaran di seluruh negara bagi menyatakan bantahan kepada keengganan YDPA menandantangani pindaan perlembaan 1983. namun setelah beberapa ketika akhirnya timbalan YDPA sultan selangor telah menandatangani pindaan tersebut mewakili YDPA.

KRISIS TERCETUS KEMBALI.1993 IMUNITI RAJA2 DITARIK .
Pada 1 disember 1992 detik hitam bermula kembali. insiden jurulatih hoki maktab sultan abu bakar douglas gomez dipukul oleh sultan johor telah menjadi titik tolak bermulanya krisis kekebalan raja-raja melayu dihapuskan. 

7 disember timbalan ketua polis negara rahim nor dalam pertuduhannya telah menamakan sultan johor sebagai 'orang yang memukul douglas gomes di bukit serene johor'.timbalan perdana menteri ghafar baba telah membawa usul penyalahgunaan kuasa oleh raja2 kepada rakyat. malah ahli parlimen arau YB shahidan kassim telah memberitahu sidang dewan rakyat bahawa keluarga diraja johor telah melakukan 23 kes salah laku sejak tahun 1972.

Pada 11 disember 1992 kerajaan telah meminda perlembagaan yang menghadkan kekebalan raja-raja melayu. dalam keadaan yang semakin hangat itu pelbagai kesalahan telah dibongkar. insiden TMJ mendera seorang anggota polis dengan menyuruhnya mengawal kandang anjing di belakang istana dan digelarkan anggota polis tu sebagai anjing telah menggemparkan seluruh negara. 'hanya orang yang kurang waras sahaja sanggup memanggil orang lain sebagai anjing'..itulah luahan kata2 sesal rahim noor bila ditanya tentang insiden tersebut.

21 jan 1993 TMJ dihadapkan di mahkamah majistret kerana mendatangkan kecederaan kepada mohd jafar selvaraj seorang penjaga gol hoki. bagaimanapun kes itu selesai dan mangsa hanya mendapat gantirugi sebanyak rm1k sahaja. TMJ dibebaskan dan keputusan ini telah membangkitkan kemarahan rakyat..



Read more...

Saturday, June 16, 2012

Lagak orang kaya....

Orang kaya (bukan semua) kalau nak sesuatu tunjuk jer..... kad kredit ada brape yer tak? Berbelas-belas...... tapi kalau tak diurus dengan baik nanti makan diri. Ini gelombang rakyat! Bukan gelombang warna atau fatamorgana, ini 'real'. Orang Sabah pun sudah semakin cerdik dan matang. Akses internet ditempat mereka pun sudah bertambah baik. Siapa pulak yang kena jadi kambing hitam dan kambing putih nanti - kita tengoklah....

Dari Malaysia Chronicle

Perpecahan BN Sabah? Najib mungkin tunda PRU ke 2013 dan tawar RM 1.5 juta untuk Ahli Parlimen kekal dalam BN Najib yang semakin kesuntukan masa disebabkan pilihanraya umum yang harus diadakan menjelang pertenghan tahun hadapan, telah berpaling kepada cara yang paling efektif untuk BN mendapat kembali kepercayaan rakyat yang semakin beralih kepada pihak pembangkang Pakatan Rakyat - Wang ringgit!
Najib telah ditakutkan dengan perkhabaran bahawa Anwar akan mengumumkan 6 pemimpin BN yang bakal melompat parti ke PKR dan 2 orang daripadanya mempunyai kerusi Parlimen.
Walaupun ini tidak akan memberi kesan kepada pembahagian kuasa, pemerhati menjangka bahawa ini boleh member kesan domino terhadap pemimpin Sabah yang sedang cuba melarikan diri daripada parti BN yang semakin goyah dan mungkin buat pertama kalinya menyaksikan pertukaran rejim dalam masa 55 tahun.


 Tawaran yang belum di sahkan lagi untuk tarik semula Ahli Parlimen 


 Tidak hairanlah sekarang terdapat pula khabar yang dibocorkan media Umno bahawa ahli parlimen –ahli parlimen ini akan mendapat RM1.5 juta setiap seorang selepas Bujet 13 dibentangkan pada 28 September. 


Menurut Malaysian Insider, ahli parlimen BN yang menghadiri mesyuarat pra persidangan parlimen itu telah mengesahkan bahawa terdapat rancangan sedemikan yang dicadangkan oleh Najib tetapi tiada yang berani untuk mengesahkan jumlah sebenar yang diperuntukkan. Ada yang mengatakan bahawa peruntukkan ini akan diberi sekiranya dipinta. 


 “Kami terpaksa memohonnya berdasarkan projek tertentu,” Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi, Fadillah Yusof dilaporkan sebagai berkata. 


 Para Ahli Parlimen BN ini tidak keberatan untuk memberikan maklumat termasuk maklumat bahawa ia akan mengambil masa 3 bulan untuk projek-projek dikenal pasti dan dijalankan. Mereka juga mengatakan bahawa bantuan wang BR1M yang dirancangkan untuk kali kedua itu mungkin akan mengambil masa untuk dijalankan sekiranya ia diluluskan pada Bujet 2013. 


“Ini bermakna, Najib tidak akan mengadakan PRU 13 dalam masa terdekat. Beliau sedang cuba untuk menangguhkan perpecahan BN Sabah, “ ujar naib presiden PKR dan ahli parlimen Batu, Tian Chua kepada Malaysia Chronicle. 


 ?“Beliau sedang menunggu satu keajaiban yang tidak mungkin akan berlaku. Sabah sedang diperhatikan dan ia boleh menyebabkan berlakunya kesan domino sekiranya ahli parlimen BN yang diperkatakan ini memutuskan ikatan dengan UMNO demi menjamin peluang mereka untuk mengekalkan kerusi mereka. Umno-BN bukanlah nama yang digemari di Malaysia buat masa sekarang.” 


PRU 13 tahun depan- fokus sekarang pemilihan UMNO 


Pilihanraya ke 12 Malaysia telah diadakan pada 8 Mac 2008 dengan pemimpin yang ada sekarang mengangkat sumpah pada 28 Mac. Oleh itu, mandat 5 tahun BN akan berakhir secara automatik pada 28 Mac. Suruhanjaya Pilihanraya ada 60 hari untuk menentukan tarikh pilihanraya ke 13 yang harus diadakan sebelum 28 Jun 2013. 


Rakyat Malaysia dan juga para pelabur luar tertanya-tanya bilakah PRU 13 akan diadakan dan ini membuatkan mereka merasa menyampah terhadap sikap Najib yang tidak boleh membuat keputusan. Pemimpin berusia 58 tahun itu berhadapan dengan kemungkinan kalah teruk akibat kehilangan kepercayaan terhadap pakatan BN yang telah memerintah sejak 1957. 


“Jika mengikut tanda-tanda dan menunggu BR1M untuk member kesan, ia kelihatan seperti Najib sedang memberi isyarat bahawa PRU 13 akan diadakan tahun hadapan. Bagi pihak Pakatan, kita masih tidak boleh berehat. Mana-mana hari pun adalah hari yang mungkin untuk Najib membubarkan parlimen jadi kita harus sentiasa bersedia,” beritahu Chua Jui Meng, naib presiden PKR kepada Malaysia Chronicle. 


“Tapi ada cerita lain pula bagi Umno. Apa yang berlaku sekarang yang lebih penting adalah pemilihan dalam parti- siapa yang akan menjadi orang penting dan siapa yang boleh dapatkan kerusi parlimen dan DUN


Inilah yang akan diperjuangkan mereka dalam parti buat masa sekarang. 


Tekanan dari setiap segi: semua mata tertumpu pada UMNO 


Sememangnya Najib terpaksa berhadapan dengan tekanan dari semua pihak termasuk daripada orang dalaman partinya sendiri yang dahagakan kerusi dan tempat boleh menang diperingkat negeri dan juga persekutuan. 

Pertelingkahan dalaman semakin menjadi-jadi dan ada yang terang-terangan memberitahu bahawa dengan bertandinglah kekuatan parti akan diuji. Minggu lepas bekas Menteri Pelancongan, Abdul Kadir Sheikh Fadzir mengumumkan pembentukan parti baru –mungkin beliau sudah tahu ke mana arah bertiupnya angin. Parti itu cuba untuk menegakkan semula perjuangan asal Umno dan melahirkan ‘Bangsa Malaysia’.   


"Ikatan berkata bahawa mereka tidak akan bertanding PRU 13 dan sudah tentulah ia tidak akan mendapat lesen untuk berbuat demikian. Akan tetapi, ia mungkin tidak perlu untuk melakukan semua itu kerana hampir pasti ramai dikalangan ahli parlimen Umno yang tidak berpuashati dengan Najib dan akan menyertai Ikatan hanya untuk protes sekiranya Najib terlalu tamak dalam pemilihan parti dan mendapatkan semua untuk dirinya, orang-orangnya dan Mahathir sahaja,” ujar seorang pemerhati Umno kepada Malaysia Chronicle. 

Beliau merujuk kepada bekas perdana menteri Mahathir Mohamad, satu-satunya veteran Umno yang Najib mahukan sokongan dan menyandarkan kelestarian kerjaya politik beliau di dalam dan luar Umno. 

Malaysia Chronicle
Read more...