Thursday, March 6, 2008

Pengundi Putrajaya tidak mahu Tengku Adnan

Pengundi Putrajaya tidak mahu Tengku Adnan, mahu calon berwibawa

Azamin Amin
Fri | Mar 07, 08 | 1:09:51 pm MYT



KUALA LUMPUR, 7 Mac (Hrkh) - Berdasarkan tinjauan rambang dan respons daripada sebahagian besar para pengundi di Putrajaya, mereka didapati sudah tidak mahu menyambung khidmat calon Barisan Nasional (BN) yang mempertahankan kawasan itu, Dato' Tengku Adnan Mansor yang dilihat mengabaikan isu berkaitan agama dan kebajikan penduduk setempat.

Pesuruhjaya PAS Wailayah Persekutuan Haji Mohamad Nor Mohammad berkata sungguhpun ada 'gelombang' untuk menolak Adnan namun kebanyakan pengundi yang terdiri daripada kakitangan kerajaan masih takut kepada 'ancaman' dan 'ugutan' yang bakal diterima jika tidak mengundi BN.

Bagi isu sekolah agama di Putrajaya, para penduduk yang 99 peratus beragama Islam merasakan perlu mewujudkan sistem persekolah yang melakasanakan konsep tersebut supaya generasi akan datang mempunyai pengetahun asas agama seterusnya dapat meneruskan kehidpuan bersandarkan tuntutan syarak melalui al-Quran dan Sunnah.

"Dengan adanya didikan agama, generasi muda dapat dibendung daripada terjerumus kepada perkara maksiat yang berleluasa di sini dan dalam negara," katanya.

Namun cadangan membina sekolah agama ini telah dibantah oleh Adnan kerana dikatakan akan menjejaskan imej Putrajaya sedangkan tapak persekolah itu telah pun disediakan oleh Perbadanan Putrajaya, kata Mohamad Nor.

Dalam pada itu para penduduk dan rakyat Malaysia juga turut kecewa dengan kenyataan Adnan yang mahu meningkat sektor pelancongan negara dengan menurunkan cukai arak dan melanjutkan tempoh masa pusat hiburan seperti kelab malam.

"Dua idea ini begitu memalukan dan tidak sepatunya keluar dari mulut seorang menteri yang beragama Islam malah ianya akan menyebabkan gejala sosial dan keruntuhan akhlak semakin kronik jika idea ini dilaksanakan," katanya.

"Mahu mengaut keuntungan berlipat kali ganda tetapi sanggup membiarkan umat Islam menjadi rosak akhlak," katanya yang merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Mufti Kerajaan Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria bahawa orang Melayu-Islam telah membelanjakan RM4 bilion setahun untuk minum arak dan berjudi.

Sementara ini katanya, PAS telah membuat dua laporan polis di Putrajaya berhubung isu kekerasan pilihan raya di mana banyak poster dan 'banner' PAS telah digunting dan dikoyakkan malah ada halangan tempat-tempat tertentu untuk PAS berceramah.

Beliau dalam pada itu menyeru sejumlah 6,608 pengundi berdaftar khususnya umat Islam supaya memberi undi kepada PAS yang senantiasa berjuang demi kebajikan negara dan rakyat jelata.

"Saya beri jaminan bahawa kita akan membela dan meneruskan kesinambungan pembangunan dan kemudahan asas jika PAS menang di kawasan ini," katanya ketika ditemui Harakahdaily di Jalan Pahang dekat sini.

"Malah segala honororium sejumlah RM2,000 yang sepatutnya diterima oleh kakitangan kita akan berikan kerana mereka merupakan aset kepada negara bukan liabiliti seperti anggapan sesetengah pemipin BN," katanya. - mns

No comments: