Wednesday, April 23, 2008

Kalau jumpa ulaq dan Mahadet

Aku tengok hard talk bbc ngan mahadet beberapa mlm lepaih. Jarang nak dapat tgk “nasionalis” ni sorang becakap di khalayak antarabangsa. Selalunya apa saja yang dikaitkan dengan barat akan dituduh yahudi atau agen asing untuk menjajah dengan memburukkan negara. Itu yang selalu dia dok cakap masa dia jadi pm dulu.

Tapi malam tu tanpa segan silu, mahadet meletakkan pula dirinya di atas kerusi “agen asing” dan “penyokong yahudi” dengan menggunakan pentas barat untuk menyerang tanah melayu. Tanpa berdalih, serangan demi serangan dihamburkan kepada kepimpinan negara. Pak lah sekarang menjadi “mangsa” sepertimana dia menjadi “mangsa” pada zaman reformasi dulu.

Yang menarik perhatian ialah kebanyakan serangan nampaknya berbalik kepada diri mahadet sendiri. Apa saja keburukan pak lah yang dituduhnya akan dicontohkan kembali ke atas dirinya pada masa dia jadi pm oleh pengacara hard talk. Diktator, kebencian rakyat, ketidaktelusan hakim, sekatan media, dan segala yang jahat2 yang dibuat oleh pak lah nampaknya telah dilakukan olehnya hampir lebih 20 tahun! Dan beliau nampak seperti berusaha keras untuk menidakkannya sehingga pada suatu masa kelihatan seperti budak2 sekolah.

Contohnya bila pengacara terus menekankan rekod keburukan hak asasi di zamannya dahulu. Tangkapan yang dibuat olehnya. Dengan selamba dia mintak nama sapa yang dipenjarakan? Mana bukti kata dia memenjarakan mereka? Bila dijawab oleh pengacara bahawa dia ada rekod dari pertubuhan2 antarabangsa yang mempunyai kredibiliti seperti just, amnesty dan sebagainya, mahadet jawab dengan mudah : itu semua bias!

Bias! Itulah tuduhan mahadet terhadap semua laporan buruk semasa eranya. Jika laporan berkredebiliti antarabangsa tidak boleh diterima, laporan bagaimana yang dia nak dengar? Laporan dari kawan2 dan ahli parti dia saja? Apa jenis “pemimpin agung” dia ni? Jenis mugabe?

Menyentuh mugabe pulak, mahadet sekali lagi terjerut dengan kata2nya bila terpaksa mengakui bahawa dia tadak masalah dengan diktator! Dalam stesyen tv yang dipancarkan ke seluruh dunia, mahadet dengan terang dan jelas mencontohkan bahawa masa dulu tadak demokrasi dan diperintah ala diktator tapi dunia masih aman! Aku tatau la dunia mana yang dia bawak, tapi dalam Islam, even khalifah pun ada majlis yang melantik. Mungkin idea ni disampaikan oleh wakil2 israel masa dia dok buat perjumpaan senyap2 dengan depa kot?

Mahadet berulang kali mengatakan apa yang dia buat dulu ikut lunas undang2. Bukan dia pi tangkap orang. Polis yang tangkap orang. Bukan dia yang hukum orang. Mahkamah yang jatuh hukum. Bukan dia yang tumbuk anwar, rahim noor yang tumbuk. Bukan dia yang sekat media. Ketua editor yang buat suntingan!

Dan sekarang ni dia tuduh pak lah dan kj macam2. Pak lah sekat media. Pak lah kontrol hakim, pak lah tangkap orang. Pendek kata, pak lah dah macam diktator tak bagi ruang orang becakap langsung. Dalam masa yang sama mahadet keep on telling people yang dia tadak masalah dengan diktator! Dia kata pak lah dan kj zalim, tapi pada zaman dia, bukan dia yang zalim tapi ikut undang2. Nah, mana buktinya kata pak lah tak ikut undang2. Dia kata rela dihadapkan ke mahkamah atas salahlaku dia dulu. Ayoyooo, dulu kena sapina kes anwar pun kelam kabut berdalih tamau pi! Masuk mahkamah kes lingam pun selamba alam jawab “tak tau dan tak ingat”! Nak masuk mahkamah wat apa? Wat lawak bagi orang gelak?

Tak konsisten. Beserabut. Penat. Tak bersedia. Dan tertekan. Itu kesimpulan yang aku dapat lepaih tengok mahadet berusah payah untuk mencipta senyuman setiap kali dengaq soalan. Berkali2 kamera menfokuskan kepada riaksi wajahnya setiap kali mendengar soalan, dan apa yang aku boleh kata ialah : kesian.

Mahadet tengah tuduh macam2 kat kerajaan malaya dan dalam masa yang sama menafikan pembabitannya dalam apa jua salah laku pada 20 tahun pemerintahannya. Apa yang membezakan mahadet dan pak lah sekarang ini?

Aku nampak cuma satu. Yang sorang ada kuasa dan tengah seronok menyapu harta benda negara, yang sorang lagi gila kuasa bila projek kroni anak beranak dibatalkan sesedap rasa.

ambilan: jahilgoblog.net

No comments: