Saturday, April 12, 2008

Langkah menangani kenaikan kos sara hidup

Februari 11, 2008

Hemah berbelanja serta mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi. Itulah jalan keluar yang disarankan untuk warga Singapura menyesuaikan diri dan menangani kos sara hidup yang semakin meningkat.

Ini kerana ekonomi yang berkembang akan membawa kepada peningkatan gaji para pekerja.

Perincian lanjut, dalam Titik Tolak

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong juga baru-baru ini menggesa masyarakat agar lebih hemah berbelanja. Warga Singapura perlu menyesuaikan tabiat berbelanja mengikut kadar kemampuan mereka seperti membeli produk atau khidmat yang lebih murah. Orang ramai misalnya boleh membeli barangan beku barbanding makanan segar yang harganya lebih tinggi.
Para pengguna juga digalakkan membeli barangan berjenama pasar raya yang harganya lebih murah berbanding produk keluaran syarikat lain.

Ketika diminta mengulas mengenai tabiat berbelanja ini, Encik Abuayubul Ansari, pemilik NowAsia, syarikat pengendali latihan keusahawanan dan pengurusan kewangan, menekankan tentang pentingnya membezakan antara keperluan dan keinginan.

Lebih lebih lagi memang kadar perbelanjaan akan terus meningkat kerana kos-kos minyak dan segalanya telah menyebabkan segala kos kita meningkat. Jadi sudah tentu, kita harus tahu apa yang kita belanja. Pertama sekali sama ada ini adalah keperluan kita atau hanya satu keiinginan. Tip nye sangat mudah, hanya dua sahaja. Satu adalah kita mengurangkan perbelanjaan kita dan kedua, menambahkan pendapatan. Ini adalah dua cara sahaja yang kita dapat lakukan untuk menangani masalah-masalah kewangan yang mungkin akan kita hadapi dengan peningktan kos. Sama ada kecil atau besar, apa sahaja yang kita belanja, kita tulis. Dengan menulis, kita akan dapat tahu ke mana, duit yang kita belanjakan. Kedua, kalau ingin membeli sebarang barang, cuma beli hanya jika kita mempunyai wang. Jangan beli yang kita ingin tetapi dengan menggunakan kad-kad kredit dan kita juga tidak mempunyai wang simpanan. Dan juga kalau makan luar selalu tu kita kurangkan, makan di rumah bersama keluarga lebih baik. Kalau kita memandu cubalah naik pengangkutan awam. Ini akan membantu mengurangkan kos perbelanjaan kita dan ini juga akan memainkan peranan dalam menangani kewangan yang lebih sihat.

Dalam mengawal perbelanjaan seharian, tidak kurang juga mereka yang berjimat dengan mengurangkan kebiasaan makan di luar. Ini kerana ramai yang bimbang bahawa para penjaja juga menaikkan harga makanan mereka. Mengenai hal ini, Encik Syed Munir Syed Mansoor, pengurus Restoran Mukmin, memberikan pandangannya

Tentang kenaikan harga makanan ni sensitive ye, ada customer dia tak suka naikkan harga. Tapia pa yang kita lakukan ialah berlaku adil lah. Kalau kita naikkan, kita bear half the cost, lagi separuh kita terpaksa tolak pada mereka lah. Kira macam 50-50 gitulah. Ini memang menjejas perniagaan kami kerana memang betul orang banyak berjimat cermat oleh kerana, ye lah, gaji dorang pun tak lah seberapa jadi kita terpaksa terima keuntungan yang berkuranganlah. Tapi insyaAllah boleh…kita boleh bertahan.

Memandangkan kos barangan runcit juga meningkat, apakah langkah-langkah yang diambil untuk menanganinya? Encik Syed Munir Syed Mansoor, penolong pengurus Restoran Mukmin, menambah

Kalau boleh kita cuba cari supplier yang boleh kurangkan harga. Kita source for cheapest suppliers. Kita cuba kurangkanlah. Kita try to fight for competitiveness. Ada product yang kita terpaksa drop lah. Kalau product tu agaknya mahal sangat, kita terpaksa drop for themoment. InsyaAllah nanti, kalau harga dah kembali seperti sediakala, kita akan mengambil lagi barang itu dan menjualnya semula.

Kadar inflasi di Singapura mencapai paras 4.4 peratus Disember lalu. Ini merupakan paras yang tertinggi dalam tempoh 25 tahun dan ia dijangka terus meningkat tahun ini.
Namun, apabila ekonomi mencatat pertumbuhan 7.5 peratus tahun lalu, setiap golongan pekerja termasuk golongan yang bergaji kecil dan sederhana, menikmati gaji yang lebih baik, lebih tinggi daripada kadar inflasi. Ini menunjukkan pertumbuhan ekonomi membawa kepada peningkatan gaji para pekerja.

Encik Abuayubul Ansari, pemilik NowAsia, syarikat pengendali latihan keusahawanan dan pengurusan kewangan, berkongsi bagaimana masyarakat dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi

Memang kalau ekonomi meningkat, kita juga akan dapat nikmatnya dengan dapat gaji yang lebih tinggi atau pulangan yang lebih tinggi. Tetapi juga di sebalik itu akan juga ada kos-kos yang semakin meningkat. Dari segi itu, untuk membantu ekonomi, saya rasa masyarakat perlu start a new hobby atau mulakan sesuatu yang baru dalam menjana kewangan. Ini adalah satu cara untuk meningkatkan ekonomi sendiri dan juga ekonomi negara.

Sememangnya,langkah-langkah praktikal seperti merubah tabiat berbelanja perlu dilaksanakan demi menangani cabaran sejagat ini. Apakah belanjawan negara yang akan dibentangkan Jumaat ini bakal memperkenalkan pakej-pakej menarik untuk membantu rakyat mengharungi cabaran ini?

Sekian Titik Tolak. Anda boleh memuat turunkan rancangan ini menerusi podcast di www.rsi.sg/malay. Zauwiyah Majid, dari Radio Singapura Internasional, bagi Ehwal Semasa Radio Mediacorp, mengucapkan salam hormat.

Sumber: RSI

No comments: