Tuesday, April 29, 2008

MAHATHIR DAN MUKHRIZ SUDAH DILIHAT SEBAGAI PENGKHIANAT UTAMA KEPADA BANGSA

Oleh Mahfir Sabtu



Seorang Setiausaha UMNO Bahagian di Kuala Lumpur menghubungi saya kira-kira jam 7.30 pagi ini melalui telefon bimbit marah-marah. Nadanya agak keras. Dia minta sampaikan mesejnya yang berbunyi: "Apalah jenis manusia Tun Mahathir sekarang ini? Dia bukan ikut buku, dia ikut nafsu.

"Anaknya Mukhriz pun sama tak habis-habis jumpa orang menyebut supaya Pak Lah letak jawatan sedangkan dia seolah-olah menonjol macam pemimpin besar yang hanya baru menang ahli parlimen Jerlun sahaja.

"Negara sedang huru hara dengan kemelut politik, dia dua beranak mahu mengeruhkan lagi keadaan dengan nada yang sama mahukan Pak Lah berhenti. Kalau Pak Lah berhenti, apakah masalah UMNO boleh selesai? Apakah dia boleh jadi perdana menteri?


"Sepatutnya dia beri cadangan bernas pada ketika ini, sama-sama mencari jalan menyatukan orang Melayu yang sudah simpang siur dengan gelagat pemimpin 'half past six' ini. Kalau beginilah sikap Mukhriz, macam mana mahu jadi Ketua Pemuda UMNO?" Begitulah antara kata-kata setiausaha bahagian yang nampaknya cukup berang dengan cara Mahathir dan anaknya 'mengaruk' terhadap keadaan di mana ahli UMNO lain mencari jalan mahu menguatkan semula pengaruh UMNO yang sudah memang terbukti berjasa kepada orang Melayu khasnya dan kaum-kaum lain amnya.


Katanya lagi, kalau Mukhriz dan Mahathir waras, mereka tidak bersikap demikian mahu menjahanamkan lagi orang Melayu dan UMNO. Malah beliau juga menyifatkan Mukhriz dan Mahathir adalah punca perpecahan dalam UMNO dan mereka berdualah yang dalang dan pengkhianat bangsa secara terang-terang pada ketika ini. Saya memang setuju dengan apa yang diluahkan itu dan berjanji akan sebarkan. Malahan hari ini saya insan kerdil amat terasa betapa UMNO yang boleh dikatakan semua orang Melayu akan berasa galat melihat bahtera UMNO bagaikan dihonggoh kuat oleh orang Melayu sendiri seperti Mahathir dan Mukris mahu merobohkannya. Kerana UMNOlah kita orang Melayu menjadikannya tapak untuk menjadikan bangsa kita memegang tonggak kepimpinan sejak dari Merdeka lagi.

Tidak dinafikan juga pergolakan yang berlaku ini disebabkan zaman tamadun kita sudah jauh berubah jika dibandingkan dengan zaman kegemilangannya. Sesungguhnya pula orang Melayu semakin ramai yang tidak bersyukur, tidak prihatin dan tidak menjadikan perjuangan UMNO satu teras utama dalam kehidupan yang mana patut disedari bahawa UMNOlah parti yang membawa segala kemewahan, kemodenan dan pendidikan tinggi kepada orang Melayu. Pencapaian ini tidak dipandang langsung apabila kita menghadapi masalah yang perlu kita bersatu hati, bersatu jiwa raga dan tenaga untuk menguatkan rumpun kita yang dulunya begitu teguh. Kita tidak sepatutnya menyesali apa yang telah berlaku, tetapi sebaliknya patut kembali ke pangkal jalan mencari satu fomula bersama apa yang harus dilakukan.


Bukan masanya untuk sesiapa mencari populariti, mencari pengaruh dan melepaskan nafsu semata-mata. Tindakan Mahathir dan anaknya YB Mukhriz sudah dilihat sebagai satu keluarga yang tidak bersyukur dan tidak lagi mahu menyumbang secara ikhlas terhadap perjuangan pemimpin-pemimpin Melayu lain yang mahu melihat perpaduan Melayu kembali ke zaman kegemilangannya. Punca kekeruhan yang mereka berdua lakukan semakin menyerlah dan kian melampau-lampau pula jadinya mentang-mentang kepimpinan sekarang di zaman Pak Lah memberi kebebasan kepada rakyat Malaysia bersuara. Kebebasan ini telah disalahgunakan oleh orang-orang seperti Mahathir dan Mukhriz terutamanya.


Buruknya Mahathir ketika memerintah dulu, ternyata telah menyalahgunakan kuasanya dalam banyak perkara. Antaranya yang semakin dilihat nyata sekarang ini ialah dua isu besar seperti campur tangan institusi perundangan yang sekarang ini menjadi ejekan oleh ketua-ketua parti pembangkang. Hari ini boleh dikatakan Melayu yang sedar akan betapa rakus dan busuknya hati mantan perdana menteri, Mahathir dan anaknya terhadap perpaduan Melayu mempunyai had kesabaran lagi. Tingkah mereka berdua membuatkan bangsa lain yang sibuk menguatkan parti masing-masing tanpa sibuk menyuruh pemimpin mereka letak jawatan sedikit sebanyak memalukan kita. Sedarlah bahawa beban kekecohan ini sepatutnya orang Melayu seharusnya sedar bahawa perdana menteri sekarang sedang teriniaya dan menerima tekanan cukup kuat dengan tindakan pemimpin Melayu sendiri di bawah tidak menunjukkan sikap rasional terhadap kepentingan perpaduan Melayu.


Ayuh, kita semua kena bangkit memberi sokongan moral kepada kepimpinan sekarang supaya meneruskan perjuaangan dan menjalankan tanggungjawab memulihkan UMNO dengan apa cara sekalipun walaupun terpaksa mengambil tindakan ke paras maksimum terhadap ahli UMNO yang sedang sibuk menjahanamkan masa depan orang Melayu secara tidak langsung hari ini. Biar bilangan kita dalam UMNO kecil, tetapi berkualiti tinggi. Kita kena tolak ahli yang merepek, menghasut dan mempunyai agenda tertentu menyalak mengelirukan seluruh rakyat terhadap kepimpinan hari ini. Pemimpin-pemimpin Melayu seperti Rais Yatim, Shahril Samad, Muhammad Taib, Muhyiddin dan lain-lain barisan yang sekarang menggangotai kabinet Pak Lah, bantulah kami orang Melayu dengan penuh ikhlas dan tegas.

Jangan biarkan orang yang semata-mata bercakap mengikut sesedap hati dan nafsunya sahaja. Mereka kena diam kerana orang lain mahu buat kerja.

ambilan: Raksaksa BN

No comments: