Tuesday, April 15, 2008

Politik Pak Lah

Rujuk berita TV3 malam tadi, Pak Lah beritahu:

1. Saya akan pertahankan jawatan Presiden dalam Pemilihan Umno nanti.

2. Peralihan kuasa kepada Datuk Najib hanya dilakukan selepas Pemilihan Umno bulan Dec 2008 nanti.

Berdasarkan 2 kenyataan diatas, maka saya sudah nampak apa yang sebenarnya akan berlaku dalam senario politik Umno selepas ini.

Kepada anda yang ada mata, telinga dan akal cubalah fikir-fikir dan buatlah penilaian masing-masing. Selepas itu cuba tanya diri anda sekali lagi, betulkah Pak Lah itu bodoh?

Su-kj berkata....Pak Lah 'Cerdik' dan yang bodoh sebenarnya adalah dari orang No.2 hingga yang baru jadi Ahli Umno semalam.

Saya percaya ramai Pemimpin dan Ahli Umno menyangka peralihan kuasa itu akan berlaku dalam masa terdekat atau sebelum Pemilihan Umno bulan Dec nanti. Rupa-rupanya jangkaan mereka semua adalah salah, cuma bacaan dan pemikiran su-kj sahaja yang betul setakad ini.

Seterusnya, saya ingin bertanya beranikah Datuk Najib mencabar Pak Lah kerusi Presiden dalam Pemilihan Umno nanti?

Kemudian bolehkah Datuk Najib mempertahankan jawatan Tim Presiden Umno nanti? Selain dari itu saya juga tidak pasti adakah benar Datuk Najib terlibat dengan beberapa kes tertentu seperti yang orang bercakap selama ini? Semua persoalan ini akan menafikan peralihan kuasa itu dari terus berlaku.

Akhir sekali seperti yang saya telah sebut sebelum ini, arah tuju Umno selepas ini mungkin 'karam' terus ataupun ia mungkin akan dipimpin oleh bukan Pak Lah dan bukan Datuk Najib kerana kedua-duanya ada masalah masing-masing.

rujukan: Penyokong KJ

No comments: