Saturday, April 12, 2008

Tiada maaf bagimu, Tun Salleh

Apr 10, 08 7:02pm
Kerajaan tidak akan meminta maaf kepada mantan ketua hakim negara Tun Salleh Abas yang dipecat pada 1988 - kes utama sebagai lambang penghakisan kewibawaan dan kebebasan badan kehakiman Malaysia.

judiciary forum lingam tape 171107 salleh abbas palace of justicPerdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebaliknya berkata, satu kaedah akan difikirkan untuk memulihkan kedudukan bekas ketua hakim itu.

"Sebenarnya apa yang penting, ialah kita ada satu cara yang dapat memulihkan kedudukan (Tun) Salleh Abas," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hari ini.

"Saya tidak nampak apa yang perlu kita minta maaf dalam hal ini. Tetapi biarlah kita putuskan nanti apabila kertas cadangan dibentangkan," tambahnya, lapor agensi berita Bernama.

Mengulas reformasi sistem kehakiman, Abdullah dilaporkan berkata kabinet telah membincangkan perkara itu.

"Dan mengikut kajian dan persediaan pada waktu ini, saya ingat boleh dikemukakan dalam masa yang tidak jauh.

"Apa yang kita buat saya telah mengatakan dalam manifesto pilihan raya dulu supaya sistem kehakiman ini dirobah, dibuat apa-apa perubahan yang wajar.

"Ia menjadi sesuatu yang kita hendak laksanakan, cuma tidak dapat dilaksanakan dalam empat tahun sebelum pilihan raya ini sebab banyak perkara yang perlu diberi perhatian dulu," katanya.

courtSementara itu, menteri di Jabatan Perdana Datuk Zaid Ibrahim berkata kerajaan akan memperkenalkan langkah-langkah reformasi sistem kehakiman dalam masa terdekat.

Walaupun perinciannya belum diputuskan, lapor laman web The Star Online, perdana menteri akan membuat pengumuman "lebih awal daripada yang dijangkakan" untuk memulihkan keyakinan ramai terhadap badan itu yang tercemar imejnya sejak 20 tahun lepas.

"Perdana menteri sendiri, timbalannya dan anggota-anggota jemaah menteri telah menyatakan mereka semua komited untuk reformasi kehakiman.

"Perdana menteri sendiri akan mengumumkan langkah reformasi itu dan prinsip-prinsip di sebalik langkah tersebut.

Saya fikir pengumuman itu akan dibuat lebih awal daripada yang dijangkakan," beliau dipetik sebagai berkata kepada media selepas mesyuarat pasca-kabinet di pejabatnya.

Langkah-langkah tersebut, menurut laporan itu lagi, termasuklah suruhanjaya pelantikan dan kenaikan pangkat hakim yang lebih telus.
"Ada banyak lagi. Perdana menteri akan menjelaskan perinciannya ketika pengumuman nanti," katanya.

sumber: Malaysiakini

No comments: