Thursday, May 22, 2008

10 terkaya di Malaysia

Oleh Azli Ayob

KUALA LUMPUR: Nilai kekayaan terkumpul 40 individu paling kaya di Malaysia tahun ini ialah AS$46 bilion (kira-kira RM150 bilion), meningkat AS$3 bilion (kira-kira RM9.8 bilion) daripada tahun lalu.

Jumlah kekayaan terkumpul 40 individu berkenaan adalah kira-kira 30 peratus daripada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara tahun lalu sebanyak RM503.1 bilion dan lebih tinggi daripada hasil Kerajaan Persekutuan tahun lalu yang berjumlah RM141.8 bilion.

Mengikut laporan terbaru majalah Forbes Asia, bilangan rakyat negara ini yang memiliki kekayaan lebih AS$1 bilion juga meningkat kepada 10 daripada sembilan tahun lalu.

Tan Sri Robert Kuok mengekalkan kedudukannya sebagai individu paling kaya di negara ini dengan nilai kekayaan AS$10 bilion.

'Raja Gula' berusia 84 tahun itu meningkatkan nilai kekayaannya sebanyak AS$2.4 bilion tahun ini, menerusi pemilikan dalam pelbagai bidang perniagaan, seperti hartanah di Hong Kong, media dan paling utama penguasaannya dalam gergasi minyak sawit, Wilmar International.

Ini diikuti oleh Ananda Krishnan yang menguasai Maxis Communications Bhd dengan nilai kekayaan AS$7.2 bilion, merosot AS$200 juta daripada tahun lalu.

sumber Berita Harian 23 mei 2008

No comments: