Tuesday, May 13, 2008

Adun Pakatan lompat parti?

sumber: Malaysiakini
Andrew Ong | May 13, 08 5:20pm

Ahli dewan undangan negeri (Adun) Hee Yit Fong dari DAP tidak menolak atau menafikan khabar angin bahawa beliau akan melompat menyertai Barisan Nasional (BN).

"Saya tidak mahu terbabit dalam perdebatan ini, bila tiba tiba masanya kebenarannya akan diketahui juga...masa akan menentukannya," katanya berulangkali mengenainya hari ini.

hee yit foongHee, yang juga timbalan speaker dewan undangan negeri (DUN) Perak, memberitahu Malaysiakini bahawa beliau tahu mengenai khabar angin itu, tetapi mendakwa tidak tahu siapa yang di belakangnya dan motif mereka berbuat demikian.

"Khabar angin hanyalah khabar angin. Kita tidak boleh menyekat orang nak sebar khabar angin...saya tidak ada masa untuk menyiasat siapakah yang menyebarkannya," tambah beliau.

Hee mencipta sejarah pada 22 April lalu, apabila dilantik sebagai wanita dan orang kurang upaya (OKU) pertama menjadi timbalan speaker di DUN.

Pelantikannya bagaimanapun tercemar oleh kontroversi apabila beliau berulangkali memberitahu akhbar berbahasa Cina rasa tidak puashatinya mengenai agihan jawatan exco kerajaan negeri di Perak.

Ini termasuk ketiadaan seorang pun Adun wanita yang dilantik menganggotai barisan 10 ahli exco kerajaan negeri itu, dengan separuh daripadanya Adun yang pertamakali bertanding.

Tulisan Jeff Ooi

Kira-kira dua minggu sebelum pelantikan beliau, akhbar China Press melaporkan cadangan Hee supaya exco kerajaan tempatan, perumahan dan pengangkutan, Nga Kor Ming dilantik sama ada sebagai speaker atau timbalan speaker kerana beliau mempunyai latarbelakang perundangan dan sudah tiga penggal menjadi Adun.

Tegasnya, malah seorang timbalan speaker wanita pun tidak dapat bercakap mengenai hak-hak wanita ketika mempengerusikan sidang DUN.

Khabar angin mengenai kemungkinan Hee melompat parti berhenti disebarkan selepas pelantikan beliau sebagai timbalan speaker.

Bagaimanapun, ia tersebar semula selepas ahli parlimen Jelutong, Jeff Ooi menulis dalam blog, mendakwa wakil rakyat kerajaan Pakatan Rakyat akan melompat parti dalam masa dua tiga hari ini.

narrow majority in perak 310308Ooi bagaimanapun tidak menyatakan butir-butir lanjut ataupun menyebut nama Hee.

Seandainya Hee lompat parti, kerajaan negeri Pakatan Rakyat hanya tinggal satu kerusi majoriti di DUN Perak.

Pengerusi DAP Perak yang juga exco kanan kerajaan negeri, Datuk Ngeh Khoo Ham bagaimanapun menafikan khabar angin itu yang disifatkannya bukan sesuatu yang baru.

"Beliau kekal dalam parti dan tidak timbul langsung soal beliau melompat parti. Sebarang rasa tidak puashati yang dibangkitkannya sebelum ini telahpun ditangani," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

No comments: