Tuesday, May 20, 2008

Analisis: Abdullah 1 - 0 Mahathir

sumber: KLpos
Oleh Mohd Sayuti Omar
Isnin, 19 Mei 2008

TINDAKAN Dr Mahathir Mohamad membuat keputusan meninggalkan parti yang telah disertai selama lebih 60 tahun dan telah meletakkan beliau dikerusi PM selama 22 tahun mungkin mengejutkan setengah orang. Mereka yang selamanya merasai aroma kewangian jasa-jasanya atau termakan budinya tentu sedih dan terkejut dengan tindakan itu.

Namun bagi saya keputusan itu tidak sedikitpun merujakan. Malahan ianya sesuai dan kena pada tempatnya. Bahkan beliau tidak perlu mengambil masa begitu lama dan kesempatan pada Hari Wesak untuk mengistyharkan keluar Umno sebaliknya sejak setahun lalu lagi.


Sikapnya yang mengkritik dan dapat melihat (buta) satu pun kebaikan dan kebenaran tindakan Abdullah menyebabkan beliau bukan patut keluar sendiri dari Umno tetapi dipecat daripada parti berkenaan.

Menariknya permergian Mahathir akan mewujudkan satu ruang di dalam Umno. Sejarah telah mecatatkan bahawa Mahathirlah yang menendang keluarkan bekas TPM Anwar Ibrahim dari Umno. Apakah ruang kosong yang ditinggalkan beliau itu akan diisi semula oleh Anwar? Kita sama-sama tunggu dan lihat apa yang akan berlaku selepas ini.
Saya yakin kalau orang lain berada di tempat Mahathir sudah lamanya ianya dipecat atau dibuang dari Umno! Tetapi kerana Umno ditangan Abdullah begitu baik dan amat berhati-hati untuk mengambil tindakan kepada ahlinya apa lagi orang ternama seperti Mahathir, telah memberi ruang luas kepada Mahathir untuk menganggui Umno!

Keputusan emosi Mahathir yang dibuat di Alor Star itu memberi kemenangan kepada Abdullah. Kita percaya ianya disambut dengan solat syukur oleh orang-orang dan pencinta Abdullah kerana ia meringankan beban Abdullah. Dengan keluarnya Mahathir kini tidak ada ada lagi duri dalam daging atau sampah dalam mata.

Pun begitu tindakan Mahathir itu ia bukan berakhir begitu saja. Mahathir sumpama tenggiling yang berpura-pura mati apabila terserempak dengan orang. Beliau ada motif lain berbuat begitu. Apa yang mungkin diingini Mahathir dengan tindakannya itu sebagai test satu merket menguji apakah pengaruh beliau masih ada.

Apa yang dilakukan itu satu lagi serangan mental ke atas Abdullah. Beliau mahu melihat apakah Abdullah tahan dengan berbagai suara dan juga ulasan yang bangkit ekoran dari tindakannya itu. Apa yang Mahathir ingin pamerkan ialah betapa busuk dan buruknnya Umno ditangan Abdullah sehingga orang yang sesuci dan semulia beliau pun sanggup keluar!

Apa maksud beliau apabila menyeru ahli Umno mengambil tindakan sama dengannya tetapi jangan menyertai parti lain? Beliau juga mengatakan akan menyertai Umno apabila ianya tidak lagi dipimpin Abdullah. Ini menunjukkan kebencian yang melampau beliau kepada Abdullah.

Bagi Abdullah pula beliau tidak perlu merasa apa-apa dengan aksi Mahathir itu. beliau boleh menganggap perangai Mahathir itu seperti perangai budak kecil yang kecewa tidak dapat sesuatu barang yang dikehendakinya ia akan mogok makan. Atau pun tindakan itu sebagai buang tebiat! Anggapkah begitu sahaja.

Apa yang dapat dianalisakan juga jelas tuduhan pemerhati politik bahawa persaraan beliau tahun 2004 tidak ikhlas sebaliknya kerana terpaksa disebabkan reputasinya semakin memburuk adalah benar. Sekiranya kalau beliau benar-benar ikhlas untuk bersara beliau akan bersikap sebagai orang yang bersara dan tidak menyusahkan parti seperti mana-mana negawaran lain lakukan.

Tunku Abdul Rahman, Hussein Onn dan lain-lain juga tidak senang dengan Umno di bawa kepimpinan Mahathir dulu. Mereka juga melontarkan teguran dan kritikan tetapi tidak beremosi dan berlandaskan dendam peribadi sampai menimbulkan pergolakan kepada parti seperti Mahathir. Mereka membuat kritikan konstruktif.

Kesimpulannya dengan keputusan Mahathir itu memberi kemenangan kepada Abdullah. Atau kalau tindakan Mahathir itu kerana tidak senang dengan menantu PM, ini bermakna Khairy Jamaluddin berjaya menganggu musim-musim persaraan Mahathir.

Menariknya permergian Mahathir akan mewujudkan satu ruang di dalam Umno. Sejarah telah mecatatkan bahawa Mahathirlah yang menendang keluarkan bekas TPM Anwar Ibrahim dari Umno. Apakah ruang kosong yang ditinggalkan beliau itu akan diisi semula oleh Anwar? Kita sama-sama tunggu dan lihat apa yang akan berlaku selepas ini.
Penulis dilahirkan di Kampung Gual Nibong, Gual Periok, Pasir Mas Kelantan pada Feb, 1960. Mendapat pendidikan dan pengalaman kewartawanan di Indonesia awal tahun 1980-an. Berkecimpung dalam dunia kewartawan/penulisan buku politik sejak lebih 20 tahun. Sehingga kini telah menghasilkan lebih 45 buah buku politik semasa. Antara buku yang menjadi sebutan "Anwar Ibrahim: Mimpi dan Realiti, "Sumpah dan Airmata Reformis Bangsa:,"Saya Mahafiraun", "Hitam Putih: Darul Arqam" dan lain-lain. Blog beliau boleh dilayari di msomelayu.blogspot.com - Pengarang

No comments: