Friday, May 16, 2008

Lagi-lagi KJ dan Kalimullah

sumber: Detikdaily

Pendapat Oleh Afrar Yunus

Lagi-lagi Khairy Jamaludin dan Kalimullah Hassan. Tun Dr Mahathir Mohamed nampaknya sungguh-sungguh melahirkan kekecewaan beliau terhadap dua orang kuat Abdullah Ahmad ini.

Kata beliau dalam tulisannya,

"Kemenangan Khairy Jamaluddin sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO menaikkan kebencian ramai. Jika veteran parti dengan rekod perkhidmatan yang lama yang menang tanpa bertanding tidak ada sesiapa yang akan membantah. Tetapi Khairy berada dalam UMNO kurang dari lima tahun dan tidak pun mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang di dalam UMNO. Bagaimana dia boleh menang tanpa bertanding?"

Maksud Tun, budak berhingus dalam politik berada dikemuncak politik Malaysia tanpa rekod perkhidmatan yang lama. Lebih-lebih lagi tiada apa yang cemerlang tentang budak dalam kumpulan tingkat empat ini.


Tambah Tun lagi, "Kalimullah Masheerul Hassan dan ECM-Libra tiba-tiba menjadi begitu terkenal. Kalimullah mempunyai pengaruh yang kuat ke atas Kerajaan. Sebuah syarikat Kerajaan yang besar, Avenue Assets digabungkan dengan ECM-Libra yang rendah nilai sahamnya. Tetapi nilai saham Avenue Assets sengaja diturunkan supaya ECM-Libra dapat menguasai syarikat gabungan ini.

Kalimullah juga berpengaruh kerana dianya adalah timbalan pengerusi eksekutif New Straits Times Press dan mempunyai suara yang besar di dalam bilik berita New Straits Times. Oleh itu Dato Seri Abdullah sentiasa dipaparkan dalam keadaan yang amat baik. Cerita yang menonjolkan Abdullah akan mendapat kelulusan untuk disebar meluas".

Lanjutan dari itu, seorang ahli politik veteran telah bertanya samada kelakuan atau tindakan di dalam gambar ini telah disah atau dinafikan oleh tuan punya tubuh.Gambar Dari Rocky's Bru
Seperti kata orang-orang tua dahulu, jika anak-anak dara berdiam diri ketika ditanya persetujuannya tentang bakal calon masa depannya, bermakna ia sudah setuju.

Tetapi takkanlah halnya sama berpantul dari gambar ini ?

Abdullah Ahmad tentu ada jawapannya kerana seperti kata Tun Dr Mahathir, orang-orang ini mempunyai pengaruh yang kuat ke atas Kerajaan.

Bukankah pengaruh yang kuat bermula dari kenalan yang akrab. Tanpa kenalan dan pengaruh, mana mungkin Islam Hadhari mahu dikembangkan melalui media dan wartawan Hadhari.

Bertanya orang Kedah, "Ahli-ahli UMNO, apa hampa kata. Seronokkah atau malukah atau sudah hilang deria ?"

No comments: