Friday, May 23, 2008

Laporan polis terhadap Dr M

Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai ada hakim yang melobi kepadanya untuk pelbagai jawatan kerana perbuatan itu melanggar undang-undang.

"Tun sendiri boleh dikenakan tindakan undang-undang menurut Seksyen 17 Akta Pencegahan Rasuah 1997 kerana tidak membuat laporan polis atas tindakan hakim yang melobi beliau untuk jawatan," katanya.

Beliau yang ahli Parlimen Bukit Gelugor memberitahu kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, demikian menurut Bernama.

Pada 17 Mei lalu, Dr Mahathir dilaporkan berkata bahawa semasa menerajui kerajaan, memang ada hakim-hakim yang melobi untuk pelbagai jawatan, namun beliau tidak dipengaruhi oleh sesiapa dalam pelantikan hakim-hakim itu.

www.malaysiakini.com

---------------------

AMK buat laporan polis terhadap Tun Mahathir
Wan Nordin Wan Yaacob

SEREMBAN, 24 Mei (Hrkh) - Angkatan Muda KeADILan Malaysia (AMK) telah membuat satu laporan polis terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan lima individu lain yang didapati terlibat dalam urusan perlantikan hakim-hakim oleh Suruhanjaya Siasatan Klip Video V.K. Lingam, kata Setiausaha Politik kepada Ketua AMK, Ahmad Zaki Yamani Zainon.

Dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily, Ahmad Zaki berkata, laporan itu dibuat oleh Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin petang tadi di Balai Polis Jalan Dang Wangi (Campbell) di Kuala Lumpur bersama aktivis-aktivis AMK.

Menurut Ahmad Zaki, laporan itu menyebut suruhanjaya telah menyatakan dengan jelas bahawa individu-individu terlibat perlu disiasat di bawah pelbagai akta, namun sehingga sekarang tidak ada tindakan diumumkan untuk menyiasat dan mendakwa mereka.

Justeru AMK membuat laporan polis untuk membolehkan pihak berkuasa itu memulakan siasatan dan mengemukakan kepada Peguam Negara untuk melakukan pendakwaan atau sebaliknya, ujar Ahmad Zaki.

Laporan polis yang sama dibuat di setiap ibu negeri di seluruh Malaysia pada jam 1.00 petang, 25 Mei (Ahad) oleh Angkatan Muda KeADILan Negeri-Negeri, ujarnya.

No comments: