Friday, May 16, 2008

Mahathir jumpa Najib 2 jam Ahad lalu

Sumber: Detikdaily
Berita

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau telah bertemu dengan timbalan perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lalu, selepas beliau mendedahkan bahawa perdana menteri menghalang pertemuan mereka.

Pertemuan tersebut berlangsung di kediaman rasmi timbalan perdana menteri itu, Seri Satria di Putrajaya, selama kira-kira dua jam Ahad lalu.

Rabu lalu, mantan perdana menteri itu mendedahkan bahawa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghalang Najib daripada mengadakan pertemuan dengannya selepas pilihanraya umum lalu.

Dia tak halang...selepas saya umum, beliau tidak halang Najib bertemu saya. Dah jumpa dah," katanya kepada wartawan selepas beliau merasmikan pelancaran buku Kismet yang ditulis oleh seorang pegawai polis, Sher Mohamed Allah Baksh di ibu negara hari ini.

No comments: