Tuesday, May 20, 2008

Mahathir keluar, Ezam masuk

sumber: http://matsamankati.blogspot.com/

Kalau diteliti berita-berita yang disiarkan, keputusan Mahathir untuk keluar Umno bukan dirancangkan. Mahathir malu bila dicabar oleh salah seorang hadirin yang hadir dalam majlis beliau. Bagi menutup kemaluannya, dia terpaksa buat pengumuman untuk berundur. Siapa orang yang mencabarnya? Apakah cabaran itu dibuat secara sepontan atau memang dirancang? Ingat lagi, siapa yang bertanya kepada Mahathir, bila nak letak jawatan, didalam pertemuan dengan pelajar-pelajar diLondon dulu? Wallahualam bissawab. Setiap soalan mesti dijawab.

Aku nampak, benda ni macam dirancang. Khairy sekarang sudah tersepit ekoran keputusan pilihanraya lalu. Tapi ini tidak bermakna Khairy sudah menyerah kalah. Budak ni panjang akai. Dia tahu dia tak boleh bertanding Ketua Pemuda Umno. Risikonya tinggi. Semua balacinya sudah mendapat tempat dalam kabinet pasca pilihanraya, cuma tinggal seorang sahabat karib yang banyak membantu dari luar, iaitu Ezam Mohd. Nor.


Khairy mahu menarik Ezam masuk Umno. Sudah dua kali percubaan dibuat tetapi mendapat tentangan dikalangan ahli-ahli Umno, terutamanya penyokong Mahathir. Untuk membolehkan Ezam masuk, Mahathir perlu ditendang keluar. Usaha untuk menendang Mahathir ini sudah dilakukan lama dulu. Pak Lah pernah mencadangkan supaya Mahathir dikenakan tindakan disiplin tetapi ditentang oleh Ahli MT Umno.

Berbagai isu ditimbulkan untuk menyebabkan Mahathir kegelisahan, dan Ezam yang mempunyai pengalaman diIKD menjadi balaci Khairy untuk menyingkir Mahathir.

Seperti dirancang, Ezam telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi GERAK pada hari Khamis, 15.05.08 dan melantik Mohd. Nazree Mohd. Yunus sebagai Pengerusi baru. Mesyuarat GERAK pada hari itu cukup istimewa kerana semua semua Ahli Lembaga Pengarah GERAK diwajibkan hadir, hatta yang diluar negara pun diarahkan balik.

Mesyuarat yang berakhir dalam suasana tegang itu telah menetapkan dua perkara besar. Satu, perlantikan Pengerusi baru dan seorang lagi Ahli Lembaga Pengarah, Mohd. Faridzul Mohd. Nasaruddin. Keputusan perletakan Ezam hanya boleh diumumkan oleh Ezam sendiri, yang akan dilakukan dalam masa terdekat ini.

Mengapa Ezam letak jawatan sebagai Pengerusi Gerak? Mengapa semua perkara berkaitan BPR sekarang ini dijawab oleh Timbalan Pengarah BPR? Pengarah BPR pi mana? Siapa bakal Pengarah BPR yang baru? Mungkin jawapan ini sudah ada dikepala Khairy, Pak Lah dan Ezam.

Nota: The man who challenged Tun Dr Mahathir Mohamad to quit Umno is actually PAS member Ismail Wan Teh.

No comments: