Saturday, May 3, 2008

Mengapa Rakyat Singapura 500% Lebih Kaya Dari Malaysia - Part1

Ketika ini hasil per kapita rakyat Malaysia ialah AS$6244(RM21,500), satu prestasi yang membanggakan berbanding negara yang membangun, tetapi pada masa yang sama pendapatan per kapita rakyat Singapura AS$30,810(RM106,000). Lima kali ganda berbanding pendapatan per kapita rakyat Malaysia
Penulisan di bawah ini adalah hasil analisis yang dibuat bersandarkan Penerbitan Buku "Agenda Ekonomi Baru, Gagasan & Pembangunan" hasil pembentangan Saudara Anwar Ibrahim di Forum Ekonomi Dunia...Pandangan ini adalah dari perspektif Mahasiswa. Untuk versi penuh anda boleh download disini: Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.


Pada akhir 1970-an pendapatan per kapita rakyat kedua-dua negara ini adalah lebih kurang sama, mengapa jurang tersebut bergitu lemah. Ada yang akan menjawab kita tidak boleh membandingkan dengan Singapura kerana Republik tersebut hanya sebuah Pulau Kecil yang mempuyai hanya 4juta penduduk.

Kalau bergitu mari kita bandingkan pendapatan per kapita rakyat Malaysia dengan Korea Selatan dan Taiwan. Penduduk Korea Selatan sekarang adalah 40juta, sementara Taiwan 21 juta. Pada era 1970-an rakyat kedua-dua negara ini lebih miskin berbanding rakyat Malaysia. tetapi pada hari ini pendapatan per kapita rakyat Korea Selatan Adalah AS$19,200(RM66,000), sementara Taiwan pula AS$15,700(RM52,300). Iaitu 2 atau 3 kali ganda berbanding rakyat Malaysia.

Ini berbeza dengan kecenderungan pemimpin negara membandingkan kehebatan Malaysia berbanding negara-negara yang paling daif di Afrika atau negara-negara yang sering dilanda peperangan dalaman. Mereka langsung Membangkitkan tentang pelaburan asing yang banyak?mengumumkan projek koridor yang bernilai bertrillion ringgit (entah dimana duitnya?? sedangkan projek pembangunan jambatan P.Pinang kedua bernilai 3billion pun dipinjam dari China?), pengumuman tentang prestasi indeks BSKL yang mencapai 1200mata?Projek Monsun Cup dan Taman Tamadun Hadhari yg bernilai beratus juta? Sedangkan jurang semakin hari semakin melebar. Satu lagi indeks rasuah yang membimbangkan?


Apakah mungkin diengkari kenyataan bahawa rakyat Singapura 500% lebih kaya berbanding kita? dan rakyat Taiwan dan Korea Selatan 300% lebih kaya dari kita?Apakah tidak mengaibkan kita negara yang mempunyai hasil minyak mencapai RM80billion setahun, dibandingkan negara yang tidak mempunyai sumber asli?

Inilah kenyataan pahit yang perlu kita terima pada merayakan sambutan 50tahun kemerdekaan negara. Jepun berada di tangga pertama, Korea Selatan & taiwan di kelas kedua dan Malaysia di kelas ketiga. Jika aliran ini tidak disekat dan diterbalikkan tidak hairan jika jurang ini semakin melebar. Di Asia China sebagai kuasa ekonomi baru, India dengan Industri Teknologi Maklumatnya, semakin rakus memburu peluang. Tetapi dimana kita, yang saban hari dipaparkan di kaca TV (baca media propaganda) memaparkan tentang prestasi cemerlang BSKL yang lebih 1200mata, tertinggi pernah dicatatkan? Apa yang kita dapat dgn propaganda murahan ini?tidak dinafikan rakyat terus menerus diperbodohkan dan dilenakan oleh media propaganda yang ditaja oleh pemimpin tertentu(baca menteri), yang paling menghairankan ada yang terpengaruh.

Suatu ketika dulu kita dianggap sebagai kuasa ekonomi baru, merupakan harimau ekonomi asia. Suatu pencapaian yang boleh dikagumi. Kita mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi semasa era 1990-an.Tetapi kini gambaran prestasi kita dibayangi oleh Taiwan, Korea Selatan, India, China dan Vietnam...

Kita tidak boleh menafikan kenyataan bahawa DEB telah menghasilkan mobiliti sosial untuk kaum Bumiputera. Paling jelas kesannya adalah kepada bidang pendidikan, termasuk dalam bidang matematik dan sains melalui pemberian biasiswa kepada pelajar-pelajar miskin dan dari luar bandar.


Walaubagaimanapun, setelah sekian lama matlamat asal DEB untuk mencapai keadilan sosial dan memupuk semula perpaduan nasional dikaburi. Dasar itu disalahgunakan untuk memuaskan nafsu segelintir pemimpin-pemimpin UMNO, keluarga, kroni dan rakan-rakan mereka di kalangan pimpinan MCA dan MIC untuk membolot saham, kontrak dan program penswastaan. Keadaan Semakin parah, apabila membuka ruang yang lebih luas kepada rasuah dan lain-lain jenayah kewangan serta penyalahgunaan kuasa. Ini bukan hanya tuduhan retorik, ianya adalah fakta yg jelas terbukti.

Prosedur tender penilaian terbuka dan telus dalam soal penswastaan, pengagihan saham diketepikan atas alasan melaksanakan DEB untuk kepentingan Bumiputera. Walhal jika disenarai jumlah peruntukan dan keuntungan yang diraih oleh kelompok penguasa UMNO, biasiswa sepuluh ribu ringgit seorang berbanding puluhan bilion ringgit pengagihan saham, permit import AP, puluhan bilion kontrak bagi satu syarikat keluarga, berbilion ringgit keuntungan oleh syarikat penswastaan ternyata dasar tersebut lebih merupakan kesempatan kelompok kecil mengaut dan menggondol kekayaan yang banyak atas nama Bumiputera. Kaedah pembahagian tidak telus dan berlegar di kalangan kelompok pemimpin tertentu.


Akibatnya ialah peningkatan bebanan rakyat semua kaum termasuk bumiputera. Rakyat terpaksa membayar harga tinggi kerana kos minyak(dikaburkan oleh pemimpin sebagai kesan kenaikan harga dunia), elektrik, air dan tol jalan yang meningkat. Yang dikira keterlaluan adalah apabila anak menteri dan jutawan turut mendapat biasiswa sementara anak guru dan petani diberi pinjaman untuk melanjutkan pelajaran. Pangsapuri mewah memberikan potongan 7 % buat jutawan Bumiputera manakala ratusan ribu penghuni setinggan dari keluarga berpendapatan rendah masih menunggu terbinanya rumah kos rendah. Sebaik bantahan atau demonstrasi dibangkitkan untuk menentang, keputusan pimpinan kerajaan pasti memihak kepada Syarikat2 yang mewakili kepentingan mereka. Rakyat dihina, dipukul, diperlakukan seperti anjing oleh Polis2 yang diperkudakan mereka. Inikah keadilan DEB yang diretorikkan oleh kerajaan sebagai menjamin hak bersama??Kita tidak hairan dan tidak boleh menyalahkan jika kaum Cina & India mempersoalkan DEB??

Salah satu bukti bahawa UMNO telah lupa sama sekali dengan wawasan DEB yang diperkenalkan oleh pemimpin terdahulu, adalah bagaimana mereka tidak prihatin sama sekali dengan jurang pendapatan dan kehidupan yang semakin melebar antara golongan kaya dengan golongan bawahan yang kurang bernasib baik. Pada tahun 2005, Malaysia mencatat kesenjangan paling ketara di Asia Tenggara, malah di belakang Indonesia dan Thailand. Mengikut ukuran nisbah Gini (Gini coefficient), ukuran yang digunakan untuk mengukur ketidaksamaan pendapatan,Malaysia berada pada 0.47.

Menurut Bank Dunia, jurang pendapatan individu yang dahsyat di Malaysia adalah kedua paling terburuk di antara negara-negara Asia yang mempunyai data untuk kajian. Hanya Papua New Guinea lebih corot dari Malaysia. Malah, dari 127 negara yang diberikan data, Malaysia berada di nombor 101 dari segi nisbah Gini. Selain dari Papua New Guinea, negara-negara yang mempunyai jurang individu yang lebih dahsyat dari Malaysia terletak di Amerika Selatan dan Tengah – rantau yang sememangnya mempunyai jurang ekonomi yang besar – dan negara-negara Afrika seperti Afrika Selatan dan Zimbabwe. Hakikat Ini amat mengejutkan?? berbeza dengan retorik murahan pihak kerajaan melalui Media Propaganda menyatakan ekonomi semakin mengukuh dengan indeks BSKL paling tinggi dlm sejarah pernah dicatatkan, Ringgit yang semakin kukuh berbanding Dollar Amerika, sebagai penambah perisa rakyat terus dilenakan apabila projek2 mega diumumkan NCER, ECER, dan Wilayah Iskandar. Mengambarkan kita semakin menghampiri negara maju lain menjelang 2020.

Pokoknya dasar serta kebijakan ekonomi harus adil dan menjurus kepada keselesaan rakyat pelbagai kaum. Apa yang harus dimusykilkan dan diberi pertanyaan besar ialah kerana masyarakat Bumiputera terus menggantungkan harapan kepada satu dasar yang dianggap penyelamat(baca DEB), berpuluh bilion ringgit dirompak di hadapan mata. Masyarakat bukan Bumiputera di sebaliknya resah gelisah dan mempersoalkan kerana menganggap mereka didiskriminasikan oleh dasar DEB. Mereka gusar merenungkan anak pintar dinafikan peluang pendidikan di universiti tempatan, kontrak dikaut oleh kelompok kecil mereka yang rakus mempunyai kuasa dan pemacuan ekonomi keseluruhannya agak lembab dan meragukan??

Sumber:

http://www.apasaje.com/2008/04/mengapa-rakyat-singapura-500-lebih-kaya.html

http://www.apasaje.com/2008/04/analisis-agenda-ekonomi-baru-gagasan.html

No comments: