Monday, May 12, 2008

Orang Melayu Sudah Meluat Dengan Umno

Umno baru sahaja memotong kek harijadinya yang ke 62 tahun, suatu usia yang cukup tua dan mungkin sahaja sudah nyayuk. Malangnya orang melayu kerana masih lagi bertuankan Umno setelah Inggeris menyerahkan tampuk kuasa kepada Umno kira-kira 51 tahun yang lalu.

Selama itu jugalah minda rakyat dikongkong dan dihimpit dengan fahaman perkauman yang sempit dengan ditanamkan syirik dan tahyul bahawasanya hanya UmnoBN sahaja yang mampu memerintah.

Umno yang kini berusia 62 tahun menyambut ulang tahunnya dengan kehibaan dan kesedihan lantaran kemenangan tipis yang dinafikan majoriti 2/3 oleh pakatan pembangkang yang kini dikenali sebagai Pakatan Rakyat.

Cukup malang juga bagi Umno, negeri-negeri yang kaya dengan hasil mahsul dan maju ekonominya jatuh ditangan Pakatan Rakyat. Kini mereka bukan lagi Barisan Nasional kerana mereka kini digelar Barisan Karat.

Terlalu banyak faktor yang menjadi resepi kemenangan pembangkang pada sesi pilihanraya umum ke-12 yang lalu.

Faktor Dato Seri Anwar Ibrahim adalah wabak baru di Malaysia memandangkan beliau sudah mempunyai terlalu banyak pengalaman dan kes dengan jatuh dan bangun dalam kerajaan sehingga dipenjarakan dan sekarang dimanapun beliau pergi dan berada pasti ada orang yang menyambut.

Arahan dari Dato Presiden PAS Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang kepada pejuang dan penyokong PAS dalam mengamalkan tahaluf siyasi juga menjadi faktor PAS bukannya ekstrem dengan idealogi dan prinsip kepartian semata-mata tetapi berjuang untuk mengislahkan rakyat dengan slogan PAS For All dan kearah negara berkebajikan tanpa sedikitpun menggadaikan prinsip untuk menegakkan negara Islam cumanya pendekatan sahaja yang berbeza.

Dalam konteks dan lanskap politik di negeri Johor khususnya semua sedia maklum Pakatan Rakyat berjaya meraih 6 kerusi dun dan satu kerusi parlimen yang 2 darinya disumbang oleh PAS iaitu Sg Abong dan Maharani dan selebihnya milik DAP.

DAP yang sebelum ini tidak ada apa-apa pertalian dan hubungan dengan PAS juga kini akur untuk bekerjasama dengan PAS secara rasmi kerana rakyat yang mahukan begitu, buktinya undi yang diberikan oleh setiap lapisan rakyat kepada pembangkang.

Kelemahan Pak Lah itu sendiri sebagai Perdana Menteri Malaysia yang tunduk dengan nafsu menantu dan kroninya juga adalah faktor utama mengapa rakyat yang diwakili 51 peratus undi popular yang diberikan kepada pembangkang adalah tanda penolakan rakyat kepada regim Umno Barisan Nasional.

Kini Pak Lah semakin lemah kerana kuatnya desakan untuk beliau meletakkan jawatan dan menyegerakan peralihan kuasa, satu-satunya talian hayat yang ada buat Pak Lah ialah melalui timbalannya Dato Seri Najib yang kononnya terlibat dengan skandal wanita Mongolia melalui komisyen pembelian senjata kapal selam Scopene dan jet pejuang Sukhoi yang diberitakan sangat lumayan.

Dato Seri Najib juga kelihatan lemah dan tidak mampu bersuara seolahnya kolar baju beliau kini dibawah gengaman Pak Lah yang mahukan Najib dan Rosmah taat kepadanya sehingga peralihan kuasa selesai itupun sekiranya Pak Lah bercakap benar.

PAS Johor kini berhadapan dengan tugas yang sangat berat memandangkan tumpuan dan harapan rakyat Malaysia kini diletakkan dibahu rakyat Johor yang mahukan Umno tumbang ditempat kelahirannya sendiri dan tentunya misi menawan Johor bertambah sukar sekiranya keajaiban yang datang tiba-tiba menobatkan Tan Sri Muhyidin Yassin sebagai PM mahupun Timbalan Perdana Menteri sekaligus Presiden UmnoBN.

Krisis kehakiman negara juga tidak boleh dipandang ringan dan enteng dengan skandal video Lingam yang dinafikan oleh pemuka-pemuka kerajaan dan Tun Mahathir sendiri. Perkara yang sama juga berlaku kepada perundangan syariah yang sedia maklum tidak cukup daulah dan kuasa untuk memberikan keadilan dan ketelusan kepada semua rakyat lantaran dibelenggu oleh tinggalan penjajah melalui Perlembagaan Persekutuan.

Orang melayu mestilah tidak menggadaikan prinsip dan aqidah lantaran fikrah sempit yang menolak Islam sebagai cara hidup yang sempurna. Pakatan Rakyat tidak akan lagi menawarkan konsep ketuanan melayu tetapi digantikan dengan tawaran yang baru dengan akhlak dan keadilan pemimpin sebagai kesinambungan kearah negara berkebajikan.

Parti komponen BN iatu Gerakan dan MIC juga kini semkin tidak relevan keranya fungsinya kini diambil alih oleh parti DAP dan Parti KeADILan Rakyat. Semuanya kerana kaum cina dan India mempunyai pengalaman hitam dan pahit yang tersendiri dengan BN melainkan kaum melayu yang masih lagi hanyut dengan buaian parti Umno.

Mungkin sahaja bila orang melayu bangun nanti mereka akan tersedar Umno tidak lagi dominan dan relevan kepada rakyat Malaysia. Maka wajarlah orang melayu meluat dan benci dengan Umno.

Sumber :
Jundullah
PAS JB

No comments: