Tuesday, May 13, 2008

"Pemberontakan" Sabahan Bakal Bermula?


Oleh pemudasabah

Rakyat Sabahan sekalian, politik Sabah bakal mengalami gelombang Tsunami ke-2 ekoran dari “cakap-cakap” pemimpin veteran Sabah, tindak-tanduk pemimpin kita yang “pelik” pada persidangan dewan parlimen dan info sulit yang saya perolehi dari maklumat “dalaman” beberapa parti politik di Sabah. Pemimpin-pemimpin Sabah bakal “memberontak” kerana cukup merasa tersisih dari arus perdana medan politik Negara apatah lagi Sabah dan Sarawak memegang “anak kunci” kepada kesinambungan ketuanan mutlak Melayu UMNO. Hati-hatilah kamu BN!

“PEMBERONTAKAN” SABAHAN BAKAL BERMULA

Sekian lama saya menyepi tanpa sebarang artikel bukan bermakna “tidur” tapi sedang “bertapa” untuk mendapatkan ilmu “batin” bakal untuk digunakan dalam perjalanan perjuangan hidup sebagai blogger. Saban hari saya melihat ratusan pembaca berkunjung ke blog saya, bukan lah harapan saya agar blog saya ini menjadi destinasi popular untuk para pembaca yang saya hargai tetapi sekadar pencetus idea untuk dikongsi bersama dalam usaha “memulihkan” bumi Sabah.

Biarpun belum sampai setahun saya berjinak-jinak dalam dunia penulisan blog, perhatian yang saya dapat dari para pembaca atau pengunjung setia amatlah menggalakkan seolah-olah menampakkan “persetujuan” kepada segala usaha saya dan rakan-rakan blogger lain.

Rakyat Sabahan sekalian, politik Sabah bakal mengalami gelombang Tsunami ke-2 ekoran dari “cakap-cakap” pemimpin veteran Sabah, tindak-tanduk pemimpin kita yang “pelik” pada persidangan dewan parlimen dan info sulit yang saya perolehi dari maklumat “dalaman” beberapa parti politik di Sabah. Pemimpin-pemimpin Sabah bakal “memberontak” kerana cukup merasa tersisih dari arus perdana medan politik Negara apatah lagi Sabah dan Sarawak memegang “anak kunci” kepada ketuanan mutlak Melayu UMNO. Hati-hatilah kamu BN!

Tidak salah jika saya katakan 1 undi Sabahan atau Sarawakian lebih penting dari 100 undi saudara kita di Semenanjung Malaysia di dalam konteks hidup mati parti “baru” UMNO. Ya, ini bukan parti UMNO yang digagaskan oleh Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil dan Dato Hamzah Abdullah pada 1946 tetapi parti baru yang mengguna-pakai nama UMNO semula yang didaftarkan pada 1988 berdasarkan corak pemikiran pemilik Chedet.com blog.

Inilah masa dan ketikanya pemimpin-pemimpin Sabah mempertaruhkan karier politik serta prinsip perjuangan mereka yang “kotor” selama ini demi kepentingan bersama di masa akan datang. Jatuh bangun mereka selepas ini akan menetukan hala tuju negeri Sabah seterusnya sama ada masih lagi ingin menjadi antara negeri yang termiskin di Malaysia walhal Sabah lebih kaya dari Selangor, lebih kaya dari Terengganu malah jauh lebih kaya dari Kelantan ataupun mahu membangun seiring sejalan dengan pembangunan pesat seperti di Semenanjung Malaysia.

Realitinya Malaysia tidak mampu berdiri se-gah negara-negara membangun yang lain jika bukan kerana sumbangan Trillion Ringgit royalti minyak dari Sabah, Sarawak dan Terengganu selama berpuluh tahun selama ini apatah lagi berbangga dengan pencapaian ekonomi negara yang hanya sekadar meminjam bank minyak Sabah, Sarawak ataupun Terengganu.

Bukan sahaja pinjaman tersebut di”lupa”kan atau di”abai”kan malah isu-isu untuk menaikkan peratus royalti sering dipermainkan oleh pemain-pemain terkenal di dalam gelanggang politik negara. Aiiii takkan duit sendiri pun mahu dikawal oleh orang lain kan! Woiiiiii sedarlah sikit BN, lu guna duit gue lah….duit gue sejak zaman nenek moyang gue lagi.

Memberontak atau tidak, situasi tetap memihak kepada Sabah kerana adanya desakan seperti ini maka barulah mata si Bodwi dan Khairy terbuka. Tetapi alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan…..kita jungkil mata pemimpin-pemimpin BN pusat agar tahu betapa sakitnya hati kita selama ini. Memberontak ! Jangan tak memberontak!

Kita Sabahan mampu memaafkan segala salah dan silap pemimpin-pemimpin kita sekarang ini jika benar mereka berani “memberontak” menentang penjajahan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan kita sebagai rakyat Sabah yang sekian lama dianaktirikan pasti akan menghulurkan sokongan padu untuk tindakan berani pemimpin kita tersebut.

Jika benar mereka bakal “memberontak”, saya pasti Pakatan Rakyat Baru Sabah bakal menerima watikah lantikan sebagai barisan peneraju kerajaan Sabah dan Malaysia yang baru. Namun apakah janji akan ditunaikan atau janji hanya tinggal janji, siapa pun tidak dapat memberi kepastian atau suatu jawapan yang muktamad. Kita sebagai pemerhati cuma layak melihat sebarang perubahan yang bakal berlaku.

No comments: