Friday, May 16, 2008

Sabah dan Sarawak : Tawar hati bukan kerana dapat tawaran

sumber: Detikdaily
by reformis

Pendapat alhusseyn writes "

Sidang Dewan Rakyat sejak minggu lalu digamatkan dengan dakwaan dan spekulasi bahawa Pakatan Rakyat sudah pun 'berjaya' memujuk 17 ahli Parlimen dari Sabah agar menyertai barisan pembangkang.

Tetapi Khairy Jamaludin, menantu PM Abdullah Badawi menegaskan di sini beliau tidak melihat dakwaan itu ada logiknya kerana sepanjang dua bulan lalu, khususnya selepas pilihan raya umum 8 Mac, wakil-wakil rakyat BN tidak menunjukkan mereka sudah tidak yakin dengan kepimpinan BN.


Mungkinkah menantu Abdullah Badawi lupa bahawa ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh, yang telah menolak pelantikannya sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar lalu menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membuat rombakan untuk memberi jawatan menteri portfolio lebih penting kepada wakil Sabah

Dan pada Isnin lalu, dengan lantang membidas kerajaan Persekutuan di Dewan Rakyat sambil menegaskan, "luahan dan keluhan" rakyat negeri itu tidak harus dipandang ringan kerana ia boleh membawa implikasi besar ketika pilihan raya umum ke-13.



"Kita mahu keadilan, bukan (mahu) Parti Keadilan (Rakyat). Jangan cakap orang Sabah mengarut, kita mesti ambil serius (masalah mereka)," kata Ghapur Salleh

Dan juga, Ahli Parlimen dari Sabah, Datuk Anifah Aman, dari bahagian Kimanis, berkata bahawa ura-ura wakil Sabah melompat parti sebenarnya mencerminkan sentimen rakyat Sabah.

Jelas bahawa wakil – wakil rakyat BN yang khabarnya 30 orang (20 dari sabah 10 dari Sarawak) yang akan melompat parti lalu dituduh mendapat tawaran dari parti lawan sebenarnya bukan kerana ‘mendapat tawaran’ peribadi atau material ; tetapi kerana sudah ‘tawar hati’ dengan sikap BN yang tidak memperdulikan kesejahteraan rakyat Sabah dan Sarawak.

"

No comments: