Monday, June 30, 2008

Memahami Minyak

Dari blog khaldijaafar.blogspot


Mengapakah harga minyak melambung tinggi dan kita semua menderita? Salah satu teori untuk menjelaskan gejala sekarang bernama "Peak Oil". Ketika saya berumur lima bulan, iaitu tahun Mach 1956, seorang geologis syarikat minyak Shell di Texas membentang satu kertas di seminar American Petroleum Institute. "Nuclear Energy and Fossil Fuel" ditulis oleh M King Hubbert meramalkan pengeluaran minyak dalam geraf berbentuk loceng. Pengeluaran minyak akan memuncak di awal tahun 2000 dan kemudian terus turun. Fikirkan. Permintaan minyak terus meningkat, tetapi pengeluarannya terus turun. Maka harganya? Betulkah teori "King Hubbert" ini?


Dalam tahun 1556 terbitlah sebuah buku bertajuk De Re Metallica. Penulisnya seorang Jerman bernama Georg Bauer. Dari namanya "Bauer" jelas ia seorang petani, dan namanya bila dilatinkan menjadi Georgil Agricolae. Tetapi beliau menghabiskan masa yang panjang di kawasan perlombongan Saxony maka dari pengamatan dan kajian beliau menghasil buku geologi ini. Buku ini juga memperkenalkan satu nama yang berasal dari bahasa Yunani -πετρέλαιον (baca: petroleum) yang bermaksud minyak dari batu.
Bapa kepada industri petroleum moden adalah John D. Rockefeller melalui syarikatnya Standard Oil yang ditubuhkan pada 187o. Dalam tahun 1933 Standard Oil membuat kerjasama dengan Arab Saudi, maka lahirkah Aramco, syarikat minyak terbesar di dunia.

Saudi Aramco adalah syarikat terbesar di dunia. Kajian yang dilakukan oleh Financial Times and McKinsey dalam tahun 2006 meletak nilai syarikat itu pada US$781 bilion. Saingan terdekatnya ExxonMobil, syarikat terbesar di dunia -- dari segi market capitalization --yang disenaraikan di bursa saham, hanya bernilai US$454 bilion. Kesan tangan John D. Rockefeller tetap tidak terhapus pada kedua-dua syarikat. Aramco adalah hasil kerjasama dengan Standard Oil yang diasaskan oleh Rockefeller dan ExxonMobil juga bermoyangkan Standard Oil. Aramco menjadi Saudi Aramco apabila kerajaan Arab Saudi membeli 100 peratus saham Aramco dalam tahun 1980.

Rockefeller adalah manusia terkaya dalam sejarah dan billionaire pertama. Menurut majalah Forbes harta peninggalan beliau kini bernilai US$318.3 bilion. Selain dari 'Orang Minyak' beliau juga tokoh philanthropist, menjadi pengasas kepada dua universiti - University Chicago dan University Rockefeller. Dia juga lagi dikenal, dan lagi terkenal kerana terlalu kaya, seorang yang tidak meneguk arak dan menghisap rokok. Antara kegiatan dermawannya adalah membantu organisasi-organisasi gereja. Beliau menganggotai gerjea Northern Baptist.

No comments: