Friday, July 4, 2008

Bahan Letupan C4

Soldiers set off two C-4 charges on an air base runway during a training operation.
Like other high explosives, C-4's destructive power comes from rapidly expanding hot gas.



C-4 atau Komposisi C-4 merupakan satu jenis bahan letupan plastik pelbagai yang biasa untuk tujuan ketenteraan.

Perkataan komposisi digunakan untuk apa-apa bahan letupan yang stabil, dan "Komposisi A" dan "Komposisi B" adalah jenis lain yang diketahui. C-4 lebih berkesan 1.34 kali sebagai letupan berbanding trinitrotoluena (TNT). Ia berjaya menarik populariti disebabkan oleh pendedahan media termasuklah filem-filem dan permainan video.

Penggunaan antarabangsa

Apabila pasukan tentera atau syarikat perobohan komersil menggunakan C-4, biasanya 3–5 kg C-4 digunakan untuk memusnahkan batang keluli segi empat 8-inci (200 mm). Kuantiti ini lebih dari yang diperlukan, untuk memastikan tugas berjaya disempurnakan.


Disebabkan C-4 terbakar dengan perlahan jika dinyalakan, dan perlu diletupkan dengan bahan letupan lain untuk digunakan sebagai bahan letupan, kadang-kadang ia digunakan tentera sebagai bahan api dalam kuantiti yang sedikit semasa Perang Vietnam. Walaupun pada amnya ia selamat digunakan dengan cara ini, terdapat beberapa anekdot mengenai askar yang cuba memadamkan api dengan menghentakkan kaki menyebabkannya meletup


Perdebatan di Parlimen Malysia untuk meminda Akta Bahan Letupan pada Khamis 21 Jun 2007

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ahli-ahli Yang Berhormat,
masalah di hadapan Majlis ialah Rang Undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Bahan Letupan 1957 dibaca kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Ya, Tanjong.

Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Sukacita saya
menimbulkan sedikit-sebanyak untuk mendapatkan jawapan daripada pihak kementerian
berhubung dengan bahan letupan yang ingin kita pinda ini. Saya ingin tahu daripada kementerian, di bawah Obligasi Montreal Convention ini, kita perlu mengambil langkah-langkah untuk melarang pembuatan plastic explosive yang tidak ditandakan. Saya ingin tahu daripada kementerian, setakat ini di negara ini, apakah kementerian ada membuat pemantauan terhadap pembuat-pembuat plastic explosive di negara ini, sama ada di negara Malaysia ada kilang-kilang yang mengeluarkan plastic explosive yang ingin dilarang ini?

Berhubung dengan obligasi yang satu lagi iaitu untuk menetapkan kawalan yang ketat
terhadap pergerakan explosive ini, apakah langkah-langkah yang dilaksanakan oleh kementerian untuk membuat kawalan ketat seperti mana dikehendaki di bawah obligasi konvensyen di Montreal ini. Seterusnya, berhubung dengan pembuatan explosive selain daripada kuasa-kuasa legislatif yang akan diperoleh melalui pindaan ini, apakah tindakan -tindakan yang lebih praktikal yang akan dilakukan oleh kementerian untuk meninjau dan memantau pembuatan explosive ini secara sah termasuk melakukan inspection premis-premis yang diketuai oleh kementerian atau premis-premis yang mungkin disyaki untuk mengeluarkan atau membuat explosive ini. Saya rasa ini memerlukan tindakan yang melebihi kuasa yang diperoleh melalui pindaan undang-undang ini.

Di dalam pindaan ini, explosive yang tidak ditandakan ini masih boleh digunakan dan
untuk pengecualian di bawah akta ini adalah apabila explosive yang tidak ditandakan ini digunakan untuk melakukan fungsi ketenteraan dan kepolisan. Saya rasa kita perlu juga memastikan walaupun ada pengecualian diberikan untuk fungsi-fungsi yang tertentu, kita pun kena tahu apakah sebenarnya explosive ini walaupun dikatakan digunakan untuk fungsi ketenteraan dan kepolisan, ia benar-benar digunakan sedemikian dan bukan digunakan untuk matlamat ataupun tujuan yang selain daripada apa yang digunakan.

Berhubung dengan satu obligasi lagi iaitu menguruskan stok-stok yang masih wujud,
saya ingin tahu dari kementerian, berapa banyak stok plastic explosive yang tidak ditandakan masih wujud di negara ini? Selama ini bagaimana kementerian menguruskan perkara ini iaitu menguruskan plastic explosives yang tidak ditandakan ini supaya kita tahu sama ada selama ini ia digunakan untuk tujuan yang benar-benar. Saya rasa, dalam mengawal existing stock ini, kementerian perlulah menghindarkan stok-stok yang masih wujud ini tidak di diverted daripada stok yang sedia ada kepada orang yang ingin memiliki stok-stok ini tanpa authorization ataupun secara tidak sah ataupun tidak mengikut undang-undang.

Obligasi kita yang lain adalah memastikan stok-stok yang masih ada akan dimusnahkan
ataupun dijadikan tidak berfungsi lagi. Saya ingin tahu daripada kementerian, apakah yang akan dilakukan oleh kementerian untuk menentukan stok-stok yang sedia ada dapat dimusnahkan dengan berkesan? Baru-baru ini di negara ini, masih berlaku kes-kes pengeboman di satu dua tempat yang walaupun secara kecil-kecilan tetapi ia amat membimbangkan rakyat dan akan mengeruhkan suasana yang aman di negara ini dan …

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Altantuya.

Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Apa itu?

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Altantuya.

Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: … akan menjejaskan keyakinan komuniti
antarabangsa terhadap environment di negara ini. Beberapa orang Ahli Yang Berhormat di tepi dan belakang saya menyentuh kes Altantuya. Saya rasa ini walaupun…

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, itu dalam
perbicaraan.

Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Saya tidak sentuh. Belum sampai itu.
Beberapa Ahli Pembangkang: Ini hakikat.

Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Sebab mengikut laporan akhbar, explosive yang
digelar C4 ini adalah di bawah undang-undang yang cuma dimiliki oleh tentera dan polis. Kalau ianya dikeluarkan bukan dikeluarkan untuk tujuan yang spesifik ataupun tujuan yang dibenarkan di bawah undang-undang yang sedia ada, ini menjadi satu persoalan yang amat besar yang mungkin cuma dapat dijawab di mahkamah di Shah Alam kelak.

Jadi saya nampak walaupun kejadian sedemikian tidak berlaku dengan berleluasa dan
memandangkan suasana sempadan negara Malaysia dengan Thailand, dengan Indonesia,
dengan Filipina, kita haruslah memastikan kerajaan dapat mengawal import, eksport ataupun pergerakan plastik explosive yang tidak ditandakan ini dengan sebaik-baiknya, supaya kita tidak ingin didakwa oleh mana-mana pihak bahawa kegiatan-kegiatan terrorism yang berlaku di negara-negara jiran kita hasilnya. Sebab mereka dapat memperoleh plastik explosive ini dari negara Malaysia. Jadi ini sedikit sebanyak persoalan yang saya ingin tujukan kepada kementerian…

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya Bandar Kuching

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Terima kasih Yang Berhormat bagi Tanjong. Saya ingin minta pandangan Yang Berhormat sama ada selepas rang undang-undang
ini diluluskan dan diimplementasikan sama ada peletupan seperti kes-kes seperti peletupan Altantuya akan berlaku lagi. Walaupun kes-kes ini dan walaupun rang undang-undang diluluskan dan diimplementasikan, sekiranya peletupan bom-bom atau C4 berkaitan dengan orang-orang yang berkaitan dengan Timbalan Perdana Menteri, ia akan terus berlaku. Apakah pendapat Yang Berhormat?

Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Saya rasa kerajaan ambil masa yang begitu lama
untuk meluluskan pindaan ini untuk memateraikan obligasi kita melalui Montreal Convention. Hampir 10 tahun baru kita ambil tindakan, tetapi ini tidak bermakna bahawa kita perlu cuai dalam menguruskan perkara yang amat penting dan sensitif ini.

Tujuan untuk memusnahkan plastik explosive yang tidak ditandakan ini adalah baik
supaya explosive yang tidak ditandakan ini akan dihapuskan sama sekali dan pula digantikan dengan explosive-explosive yang ditandakan. Sebab explosive yang ditandakan dengan agen-agen detection ini lebih mudah dikesan oleh pihak-pihak penguat kuasa sama ada di airport, di pelabuhan ataupun di mana-mana di sempadan. Pihak polis atau kastam atau marin polis dan sebagainya lebih senang untuk mengesan explosive-explosive yang ditandakan. Jadi Convention ini adalah bertujuan untuk menangani masalah pengeboman ataupun keganasan yang berlaku di dunia ini. Jadi Convention ini diadakan supaya semua negara memastikan explosive-explosive yang tidak ditandakan itu dimusnahkan sama sekali, melainkan untuk tujuan-tujuan yang spesifik seperti tentera, polis, untuk research dan sebagainya. Jadi kita nampak masih ada explosive-explosive lama yang tidak ditandakan wujud dalam stok-stok dan ini menjadi masalah bagaimana kita hendak menguruskan dengan sebaikbaiknya.
Jadi kebimbangan Yang Berhormat bagi Bandar Kuching memang berasas.

Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: [Bangun] Penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Bagan

Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Kita tidak tahu bagaimana polis ataupun tentera
mengawal stok yang sedia ada supaya stok yang sedia ada tidak sewenang-wenangnya
dikeluarkan oleh anggotanya untuk tujuan yang jahat.

Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya pada
masa sekarang, membuat satu bom atau satu bahan letupan adalah mudah kerana saya ada
baca dalam surat khabar bahawa di internet pun ada cerita-cerita mengajar orang-orang
membuat bahan letupan…

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat baca di
internet atau baca surat khabar?

Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Surat khabar berkata, boleh belajar dari internet. Jadi
adakah Yang Berhormat akan mencadangkan kepada kerajaan supaya juga mengawasi bahan-bahan internet ini kerana ia tidak perlu ada apa-apa tanda. Dan juga bahan letupan yang sekarang diguna pakai di kuari-kuari, ia tidak ada marking. Ia cuma ada explosive dan tali untuk meletupkan bahan letupan ini sahaja dan bagaimana ia boleh ditandakan.

Juga diketahui umum bahawa juga terdapat bahan-bahan letupan digunakan untuk
menangkap ikan di perairan Sabah, Sarawak dan juga Semenanjung. Ini juga tidak apa-apa tanda dan bagaimana kita hendak menangani perkara ini. Terima kasih.
Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Terima kasih Yang Berhormat bagi Bagan. Saya
pun tidak pakar dalam soal-soal Yang Berhormat timbulkan. Saya berharap kementerian
bolehlah sedikit sebanyak terhadap soalan-soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Bagan. Jadi akhirnya Tuan Yang di-Pertua saya berharaplah… Apa ini? [Ketawa]

Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang]: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Bukit Bintang.

Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih

Yang Berhormat bagi Tanjong. Adakah Yang Berhormat bagi Tanjong sedar bahawa baru-baru ini ada letupan di stesen bas di Puduraya, di kawasan saya pada minggu lalu. Saya pun ada melawat di tempat tersebut. Ini akan menakutkan pelancong-pelancong yang datang ke Malaysia. Adakah Yang Berhormat bersetuju dengan saya bahawa satu tindakan yang tegas harus diambil terhadap orang yang meletakkan bom di stesen bas Puduraya ini untuk meyakinkan bahawa penduduk-penduduk di tempat dan juga pelancong-pelancong yang ingin datang ke Malaysia. Sebab ini, satu tindakan yang harus di ambil. Adakah Yang Berhormat setuju dengan saya?

Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya memang
bersetuju dengan Yang Berhormat bagi Bukit Bintang. Dalam ucapan saya tadi pun saya ada menyebut kes-kes kejadian yang berlaku kebelakangan ini. Jadi saya rasa ini satu perkara yang perlu diberi perhatian yang serius oleh pihak kerajaan, sebab berlakunya insiden-insiden sedemikian akan menjejaskan nama baik negara ini dan menggugat, mengancam gugat ketenteraman yang kita nikmati di negara ini dan kita tidak mahu anasir-anasir jahat ini dapat memperoleh explosive ini sama ada melalui connection dari pihak tentera ataupun pihak polis ataupun melalui pengajaran di internet, mengajar mereka membuat bom-bom secara simple. Itu semua kita tidak ingin lihat. Jadi haraplah dengan pindaan ini, kita dapat menangani masalah-masalah yang berbangkit. Sekian.

Beberapa Ahli: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Beluran

Dialog Warung Siber


Dialog ini dipetik dari sebuah blog, mari kita ikuti;

Wak Long: "C4 ini merupakan satu bahan yang dikawal ketat dan sukar untuk diperolehi oleh rakyat biasa."

Wak Ngah: Pelik juga kau kata C4 payah dapat, tapi anak aku senang aja dapat. Aku bengang juga dibuat apa pasal senang2 aja ada dia dapat C4. Sebenarnya aku suruh dia kejar A1, tup tup bila keputusan SPM keluar berderet C4. Mana pergi A1???

Wak Long: "A1, mungkin ada dalam tin sardin cap A1........"

sumber:
http://chow.blogsome.com/
http://ms.wikipedia.org/
http://mandat2020.blogspot.com
http://www.howstuffworks.com/c-4.htm

No comments: