Sunday, January 25, 2009

Alahai Nestlé.............

Ayuh kita teruskan memboikot produk-produk Nestlé (senarai produk Nestle) dan mendesak EPF dan LUTH menarik balik pelaburan dari Nestlé Malaysia Berhad.


Untuk makluman,

1-Pada 1998, Mr. Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle, telah menerima Anugerah Jubli (the Jubilee Award) dari Perdana Menteri Netanyahu, Israel. Ini merupakan anugerah tertinggi dari "Negara Israel" dalam mengiktiraf mana-mana individi dan organisasi yang membua pelaburan dan perhubungan perniagaan serta yang paling berusaha keras mengukuhkan ekonomi Israel.

2-Pada tahun 2000, Nestle mengumumkan untuk membina Pusat R&D Israel bagi makanan ringan (snack food)yang bernilai jutaan USD. (Reuters Dec 24, 2000)



Nestlé in Malaysia


Nestlé's commitment to providing quality products to Malaysians dates back more than 90 years ago. Nestlé began in Malaysia in 1912 as the Anglo-Swiss Condensed Milk Company in Penang and later, growth and expansion made a move to Kuala Lumpur necessary in 1939.

Since 1962, with its first factory in Petaling Jaya, Nestlé Malaysia now manufactures its products in 8 factories and operates from its head office in Petaling Jaya, and 6 sales offices nationwide.

The Company was publicly listed on the KLSE on 13 December, 1989. Today, the Company employs over 3,500 people and manufactures as well as markets more than 300 Halal products in Malaysia. Its brand name such has MILO, NESCAFÉ, MAGGI, NESPRAY and KIT KAT have become trusted household names and enjoyed for generations

------------------------------------------------------------------------------

KENYATAAN RASMI NESTLÉ (MALAYSIA) BERHAD

KEMPEN BOIKOT OLEH BADAN-BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO)

Petaling Jaya, 12 Januari 2009: Sejak minggu lalu, orang ramai telah menerima pelbagai mesej atau seruan untuk memboikot produk-produk buatan syarikat-syarikat yang “menyokong Israel”. Pada hari Jumaat yang lalu bersamaan 9 Januari 2009, Persatuan Pengguna Islam telah melancarkan kempen boikot terhadap syarikat-syarikat Amerika Syarikat dan syarikat-syarikat multinasional yang kononnya mempunyai “perikatan dengan Israel”.

Pertama sekali, Nestlé turut sedih melihat masyarakat yang tidak berdosa turut menjadi mangsa dan berharap agar jalan penyelesaian segera akan dapat dicapai supaya
kehilangan nyawa dan konflik Timur Tengah ini akan dihentikan.

Nestlé merupakan sebuah syarikat global dan memenuhi kehendak para pengguna di
seluruh dunia tanpa mengira bangsa dan agama mahupun perbezaan budaya serta politik.
Di Malaysia, kami beroperasi dalam cara yang sama, membekalkan khasiat kepada semua
rakyat Malaysia.

Sebagai peneraju industri makanan di Malaysia selama 97 tahun, kami telah bekerjasama secara erat bersama pihak kerajaan, rakan perniagaan dan rakyat jelata demi memastikan bahawa kami terus mewujudkan nilai bagi rakyat Malaysia. Kami sentiasa berinovasi dalam pengeluaran makanan, dan kami amat bangga menjadi pengeksport barangan buatan tempatan yang HALAL ke lebih 50 buah pasaran antarabangsa. Kami bukan hanya mengupah lebih 4,000 orang kakitangan Nestlé, malah melalui rangkaian bekalan kami turut menyediakan pekerjaan bagi masyarakat tempatan.
Nestlé Malaysia disenaraikan di Bursa Malaysia dan 24% dimiliki oleh para pemegang
saham tempatan termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Lembaga Tabung Haji

Secara global pula, Nestlé mengupah lebih daripada 30,000 orang kakitangan di 47
buah kilang di negara-negara Islam di seluruh dunia. Dengan pelaburan lebih daripada CHF 5.8 bilion (2007), Nestlé menyumbang secara signifikan terhadap kemajuan dan kesejahteraan penduduk di negara-negara tersebut.

Nestlé telah memberi penekanan terhadap kepentingan sifat saling menghormati dan
toleransi tanpa mengira budaya, agama mahupun kewarganegaraan secara konsisten. Ini
merupakan teras nilai syarikat yang diterapkan dalam Prinsip-prinsip Perniagaan Korporat Nestlé.

Kempen boikot terhadap barangan pengguna syarikat-syarikat multinasional adalah tidak wajar kerana ia tidak memenuhi apa-apa tujuan. Sebaliknya, ia akan menjejaskan ekonomi dan perniagaan serta penduduk tempatan secara keseluruhannya.
Untuk keterangan lanjut, para pelanggan dan pengguna Nestlé boleh menghubungi
Pusat Khidmat Pengguna Nestlé di 1-800-88-3343 ketika waktu pejabat.

Sekiranya pihak media mempunyai apa-apa pertanyaan selanjutnya, sila hubungi Unit Hal-Ehwal Korporat dan Kesejahteraan Kumpulan.


------------------------------------------------------------------------------
Dikeluarkan untuk dan bagi pihak Nestlé (Malaysia) Berhad oleh Unit Hal-Ehwal Korporat dan Kesejahteraan Kumpulan. Untuk keterangan lanjut tentang siaran akhbar ini, sila hubungi Cik Rafizah Amran di Tel: (603) 7965 6272; Telefon Bimbit: (6012) 239 6455; atau Emel:Rafizah.Amran@my.Nestlé.com
------------------------------------------------------------------------------

Sumber:
1.BM: www.nestle.com.my
2.English: www.nestle.com.my

--------------------------------

No comments: