Tuesday, April 7, 2009

Kenyataan apologetik seorang ...........

Dato A Kadir Jasin dalam blognya menulis antara lain:

…….Peralihan kuasa negara daripada Abdullah Ahmad Badawi kepada Mohd Najib Abdul Razak pada 3 Mac lalu belum meyakinkan majoriti pengundi bahawa BN, khasnya Umno, sudah berubah.

Untuk berlaku adil kepada Mohd Najib, kita perlu mengakui bahawa adalah mustahil bagi beliau memperbaiki keadaan kucar-kacir selama lima tahun lima bulan di bawah kepemimpinan Abdullah, dalam masa lima hari.

Malangnya, Mohd Najib tidak mempunyai lima tahun untuk memperbaiki keadaan. Paling lama dia hanya ada empat tahun sebelum pilihan raya umum ke-13 diadakan.

Malangnya, Mohd Najib tidak mempunyai lima tahun untuk memperbaiki keadaan. Paling lama dia hanya ada empat tahun sebelum pilihan raya umum ke-13 diadakan…

Boleh di baca selanjutnya di sini.

Saya sangat menghormati kepakaran dan pengalaman beliau dalam bidang kewartawanan.

Apakah beliau lupa onar yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir (Tun MM) selama 22 tahun berkuasa boleh dibaiki oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi (Tun AAB) dalam tempoh lima tahun lima bulan (meminjam ungkapan beliau). Dato’ adillah sedikit kepada Tun AAB, macamlah tiada langsung kebaikan yang dilakukan oleh Tun AAB.

Bacalah di sini, di sini

Beliau merupakan seorang penyokong totok kepada Tun Dr Mahathir. Bila Dr Tun Dr Mahathir dan juak-juaknya membelasah Tun Abdullah Ahmad Badawi, beliau tidak ketinggalan membalun sama sehingga Tun Abdullah Ahmad Badawi tersandar kat sudut gelanggang diasak oleh DS Mohd Najib.

Boleh di baca selanjutnya di sini


No comments: