Wednesday, April 22, 2009

Opcom Peroleh Kontrak RM359 Juta Drp TM

Bila membaca komen Aiseh tentang laporan Bernama bertarikh 22 April, 2009, begini;

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Anak syarikat Opcom Holdings Bhd, Opcom Cables Sdn Bhd,telah memperolehi kontrak bernilai RM359 juta daripada Telekom Malaysia Bhd(TM).

Kontrak itu adalah bagi pembekalan, penghantaran, latihan dan khidmat sokongan Sistem FTTH Pasif kepada TM untuk selama dua tahun, demikian dinyatakan Opcom dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia di sini Rabu.

Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif terhadap pendapatan dan aset ketara bersih kumpulan di sepanjang tempoh anugerah itu.

-- BERNAMA

Aku pun men'google' kalimah FTTH tuh seperti yang dicadangkan oleh pemilik aisehman.com, maka keluarlah senarai hasilnya berjela-jela. Aku memilih untuk membaca site pertama iaitu di wikipedia walaupun artikel cadangan aisehman ialah www.widegeek.com.

Oleh kerana artikelnya terlalu panjang untuk diterjemahkan maka aku memilih untuk meng'google' sekali lagi, kali ini menggunakan kalimah Melayu pula iaitu 'optik' (al-maklumlah dulu sekolah Melayu). Maka sekonyong-konyong berjela-jelalah hasilannya. Antara artikel yang boleh dirujuk ialah Serat Optik di Wikipedia versi Indonesia, Apa Itu Fiber Optik di blog My Deden.com, Mengenal Komunikasi Serat Optik di blog Yulian.

Tapi isunya bukan teknologi tuh! Tapi syarikat, apa nama.... 'OPCOM' yang dapat membekalkan kabel optik mempunyai kabel yang baik.

Bersemaraklah semula semangat 'Reformasi 1998' yang dulu telah dilupakan!


ARKIB : 24/07/2008
Fiber-ke-rumah melanda negara

CAPAIAN aplikasi Internet dari ruang kediaman menggunakan perkhidmatan jalur lebar kini menjadi semakin canggih dan pantas melalui teknologi Fiber-ke- Rumah (Fiber-to-the-Home) atau FTTH.

Aplikasi yang berasaskan fiber optik ini bakal membuka dimensi baru kepada perkhidmatan jalur lebar yang lebih baik dan berkelajuan tinggi sebagai menggantikan teknologi wayar tembaga yang banyak digunakan sekarang.

Melalui teknologi FTTH, isyarat komunikasi gentian optik akan menyediakan akses berkelajuan tinggi kepada para pengguna sehingga ke ruang kediaman dan juga pejabat.

Menerusinya, pelbagai kemajuan dalam bidang telekomunikasi dapat diwujudkan seperti tele perubatan, tele pekerjaan, e-pembelajaran, e-kerajaan dan juga penggunaan video definisi tinggi.

Demi meningkatkan kualiti perhubungan dalam jaringan dunia tanpa sempadan, beberapa negara seperti Jepun, Singapura, Korea dan Hong Kong telah pun menerima teknologi tersebut.

Realitinya, kemajuan aplikasi ini sebenarnya telah wujud sejak 25 tahun lalu namun kurang mendapat perhatian disebabkan kos pelaksanaannya terlalu mahal.

Justeru, bagi meningkatkan pengetahuan orang ramai tentang kelebihan perkhidmatan ini, Majlis Asia Pasifik FTTH mengambil inisiatif menganjurkan Persidangan dan Pameran Majlis FTTH Kuala Lumpur 2008 dari semalam hingga hari ini.

Persidangan dua hari itu bakal menghimpunkan lebih daripada 34 organisasi dan 400 pakar industri telekomunikasi untuk mendidik, mempromosi dan mempercepatkan pelaksanaan FTTH.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Persidangan, Stephen Foster, objektif acara itu ialah untuk memberi peluang kepada para peserta berbincang dan berkongsi pengalaman tentang perkhidmatan FTTH.

“Matlamat kami adalah untuk mendidik anggota industri dan orang ramai tentang peluang dan manfaat penyelesaian FTTH.

“Teknologi ini sesuai untuk kegunaan masa depan kerana memberikan keupayaan bekalan maksimum, namun ia memerlukan sokongan infrastruktur yang sesuai, katanya.

Di Malaysia, antara cabaran utama untuk mengaplikasikan teknologi tersebut adalah dari aspek teknikal.

Justeru, melalui sokongan kerajaan terhadap penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan oleh Telekom Malaysia (TM), diharap rancangan mewujudkan rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) dapat direalisasikan bagi mencapai sasaran penggunaannya sebanyak 50 peratus menjelang 2010.

Rujukan lanjut
What is FTTH http://www.wisegeek.com/what-is-ftth.htm

No comments: