Saturday, April 18, 2009

Penanti - Usah Terpedaya

Setuju sangat posting yang dibuat di blog YB Machang.

Jangan alpa kerana DS NAR bukanlah 'kecik anak' dalam sepak terajang politik tanah-air. Ia dididik dengan acuan politik TDM dan mewarisi politik diplomasi ayahanda beliau, ia telah membuktikannya dalam percaturan politik apabila berjaya mengenepikan Tun PakLah dengan mudah (straight set) dan merampas kuasa di Perak melalui pintu belakang demokrasi dengan cara yang keji.

Kalau kita mengimbas gerakan reformasi 1998, ketika pihak gerombolan (meminjam istilah Brader Hisham) sibuk-sibuk dengan sokongan media cetak dan elektronik terus-terusan memfitnah & menghina DSAI, DS NAR mengambil pendekatan berbeza iaitu dengan mendekati saki baki penyokong dan ahli yang bersimpati dengan DSAI. Dan hari ini beliau telah membuktikan sesumpah-sesumpah tersebut telahpun berubah warnanya sehinggakan Tun Pak Lah terpinggir begitu sahaja.

Begitu juga kalau kita lihat strategi ambil-alih kuasa yang di cadangkan oleh PR juga digunapakai olehnya cuma cara modus operandinya sahaja yang diganaskan sedikit untuk membolehkan ia terlaksanakan sehinggakan krisis DUN Perak berlarutan sehingga hari ini.

Bukan itu sahaja, slogan-slogan dan konsep-konsep yang digunapakai oleh PR juga mula diubahsuai dan digunapakai oleh DS NAR supaya menimbulkan kekeliruan dikalangan rakyat.

Kancil (bukan kereta KANCIL) mungkin sering terlupakan jerat, tetapi jerat tidak pernah melupakan mangsa.

Fikir-fikirkan

Dari blog YB Machang
BN Tak Tandingi Penanti - Jangan Percayakan Najib

Adakah Penanti-an akan menambah satu lagi seksa untuk BN? Awal-awal lagi Najib dah bagi "hint" BN berkemungkinan besar tidak akan bertanding di Penanti. Itu adalah satu kenyataan "trick" lama yang bertujuan memberikan sedikit racun awal kepada pakatan rakyat supaya leka dengan kemenangan terdahulu dan terus merasa gah dan gagah seolah-olah sudah berjaya menawan Malaysia. BN mana yang pernah mahu mengaku kalah? Malah najib juga pernah mengaku suatu ketika dulu semasa pilihanraya kecil Permatang pauh bahawa BN tidak pernah dan akan berganjak daripada bertanding kerana BN adalah Parti pemerintah.

Pakatan rakyat tidak seharusnya merasa selesa atau akan mampu menang mudah berlawan dengan BN. Bn yang dikepalai Najib jangan lupa sudah mendapatkan otak strategiknya kembali iaitu Razak Baginda yang kini kononnya sedang study du luar negara. Pakatan tidak harus mudah leka atau dibuai dengan kata-kata lembut Gigi daripada Gusi BN yang penuh dengan tipu muslihat dan kerenah. Bersiap sedialah seperti biasa untuk menghadapi satu lagi peperangan pilihanraya kecil dengan sebaik-baik dengan memantapkan lagi persepakatan yang sedia ada untuk terus maju ke hadapan. Anggaplah pujian daripada BN dengan alasan kononnya tak mahu membazirkan wang rakyat sebagai racun yang tidak perlu diambil kira. BN sudah tentu bermula daripada sekarang menyebar dakyahnya terutama melalui media kegemaran pembangkang seperti blog dan sebagainya. pasti akan banyak menyusuli selepas ini pelbagai dakyah yang akan datang dari dalam dan luar pakatan. jangan lupa dalam daging pakatan berkemungkinan masih lagi ada duri. Jadi perkemaskanlah diri dengan jaket kalis fitnah untuk menghadapi BN atau UMNO kali ini kerana bagi Najib Tun Razak sebagai perdana menteri baru kekalahan satu lagi bermakna malu yang amat besar dan berpanjangan dan akan terus menghantuinya sepanjang memegang jawatan PM. Bersedialah Pakatan berjuang untuk Rakyat.

No comments: