Monday, June 8, 2009

Sejarah Berulang

Sejarah Berulang (Repeating History) merupakan satu keadaan di mana peristiwa-peristiwa sejarah yang pernah berlaku pada suatu masa lalu, terjadi lagi pada masa dan tempat yang berlainan. Sejarah itu sendiri adalah satu gejala yang berulang-ulang, di mana sesuatu peristiwa itu berlaku berulang kali di dalam satu proses yang saling berkaitan serta silih berganti.

Mari kita menghimbau catatan pilu seerah Saidina Ali dalam Peperangan Siffin. Di kala Muawiyah dapat merasakan dia akan kalah, ia menerima pakai cadangan bergeliga Amru Al-Ash agar digunakan al-Quran untuk melakukan perundingan. Muawiyah mengarahkan orang-orangnya meletakkan 500 buah Quran di hujung tombak dan menjerit, "Undang-undang Tuhan! Ini akan memutuskan di antara kita!" Helah Muawiyah mengena! menyebabkan tentera Ali berhenti bertempur.

Ali bagaimanapun menyeru tenteranya terus berjuang dengan mengatakan Muawiyah melakukan helah ketika hampir kalah tetapi mereka tidak mahu mendengar. Ali dan al-Ashtar menghabiskan banyak masa berdebat dengan orang mereka tetapi tidak dapat mengubah fikiran mereka semua. Mereka malah menjadi tidak sabar dan menyerang al-Ashtar dengan cemati dan memanggilnya penghasut yang suka peperangan; mereka malah mengancam untuk menghantar Ali kepada Muawiyah sebagai banduan jika beliau tidak menerima perundingan tersebut. Dengan keadaan tersebut Ali tidak mempunyai pilihan lain selain daripada menerima perundingan.

Hasil perundingan dilihat lebih menguntungkan Muawiyah. Perjanjian damai yang Ali tidak menandatanganinya, tidak mengiktiraf Ali sebagai khalifah tetapi hanya meletakkan Ali dan Muawiyah sama taraf sebagai pejuang dalam perang. Perundingan juga dibuat beberapa bulan selepas perang dan jika perundingan dibuat serta merta, Ali mungkin akan meneruskan kembali pertempuran jika beliau tidak puas hati dengan hasil perundingan.

Sementara itu pengikut Ali berpecah tiga. Sekumpulan tentera berjumlah 12,000 orang berpecah daripada tentera utama dan mereka berkhemah di sebuah kampung berdekatan bernama Harura. Mereka tidak bersetuju dengan perundingan tersebut dan melihatnya tidak mengikut cara Islam. Mereka menganggap dunia Islam bukan hak peribadi Ali untuk berunding dengan Muawiyah. Tujuan mereka menjatuhkan Uthman dulu untuk mendirikan kerajaan yang betul-betul Islam. Ali pada mulanya berjaya memujuk tentera ini menyertai semula pasukannya tetapi hanya sementara. Tentera ini akhirnya menjadi teras kepada golongan Khawarij.

Bukan mahu menyamakan Grup Saidina Ali dengan PAS dan Grup Saidina Muawiyah dengan UMNO, kerana mereka yang dekat dengan zaman nabi tentunya lebih baik dari kita di akhir zaman.

Hakikat hari ini tidak dapat dinnafikan bahawa kedudukan UMNO adalah sangat lemah. Jika diumpamakan sebagai satu bangunan, binaan asas dan tiang serinya sedang mereput yang menunggu masa untuk menyembah bumi. Berbagai usaha (talian hayat) telah dan sedang dilakukan untuk meneruskan kesinambungan hayatnya.

Antara usahanya ialah memainkan sentimen 13 Mei 1969, dan walaupun ia kurang berkesan kerana media alternatif telah mendedahkan dalang sebenar peristiwa 13 Mei tersebut tetapi di Perak strategi ini menjadi juga. Tidak terhenti disitu, media perdana milik kerajaan ditunggang sepenuhnya untuk memainkan sentimen yang lebih berkesan iaitu dengan 'reverse' rakaman sejarah negara pada tahun 1948 - sejarah darurat Tanah Melayu dan Ching Peng dan Parti Komunis Malaya. Malah media elektronik juga menyiarkan semula filem Bukit Kepong untuk menambah pedas dan bersemarak supaya melihat ideologi selain dari UMNO sebagai idealogi yang berbahaya sama ada ia faham agama atau sosialis. UMNO cuma memainkan semula modus operandi yang telah diguna pakai oleh pihak British puluhan dan ratusan tahun yang lampau. Tapi pada masa yang sama Perdana Menteri (dari UMNO tuh) pergi mengendeng kat Singapura, yang sebelum ni dikutuk habis-habisan kerana menjadi sahabat karib dan penyokong kuat Israel sama ada dari segi pendidikan mahu pun dari segi keselamatan.

Di sisi yang lain, jarum UMNO baik punya masyuuk! Cadangan dari UMNO oleh DS Dr Khir Toyo, MB PAS dalam kerajaan BN-PAS di Selangor sudah tentunya menarik pihak-pihak tertentu. Tidak ketinggalan di Perak, DS Tajol Rosli pun membuat umpanan yang menarik untuk PAS. Tapi bila umpan ini tidak menjadi, ambil-alih pintu belakang dijalankan oleh UMNO Perak.

Bersama dengan UMNO merupakan mimpi ngeri yang sukar untuk dilupakan, PAS ditendang keluar dari BN pada 1978 - persis habis madu sepah dibuang. Bak kata MB Kedah, UMNO ni macam kucing - alah apa kata orang Melayu Alim Kucing.

Dalam muktamar PAS, TG Presiden mempertahankan idea kerajaan perpaduannya. Jika idea ini dilaksanakan PAS akan pecah tiga - grup pro-erdogan, grup pro-hizbi, dan grup 'pro-unity government'. Mampu dan sanggupkah kita berpecah lagi? Siapakah sebenarnya mendapat menafaat dari pergeseran dalaman PAS?

1 comment:

Tayadih Maysia said...

Salam,

Semoga PAS tetap setia dalam Pakatan, insya-ALLah

www.duniacacamarba.blogspot.com