Tuesday, September 14, 2010

Kisah Musang dengan Anggur II

Rasa simpati juga dengan DS Khir Toyo bila baca berita 'Khir tidak minat jadi MB lagi' di Malaysiakini versi BM.

Kejatuhan BN di Selangor adalah berpunca dari DS Khir Toyo sendiri, dari awal lagi ia tidak disenangi oleh pelbagai pihak dalam UMNO sendiri. Kalau di kawasan Kuala Selangor pun UMNO dah tidak berpihak kepada dia, apa dia ingat kat kawasan Hulu Selangor, Hulu Langat, Kuala Langat dan Shah Alam/Klang nak berpihak kepada dia! Ini macam cerita Musang dengan Anggur tau!

Masalah curi pasir dan gensterism telah bermula dan bermaharaja lela di zaman beliau lagi.

Bila pelbagai serangan dibuat ke atas kerajaan baru Selangor tidak mendatangkan hasil kepadanya beliau seakan sudah berputus asa sementelahan lagi terdapat pihak-pihak lain dalam UMNO yang telah lama menaruh hati kerusi MB Selangor. Masakan kita 'mudah lupa' serangan ke atas pentadbiran DS Khir Toyo semasa beliau menduduki kerusi MB Selangor, pernah beberapa ketika serangan bertubi ke atas beliau dibuat melalui TV3. Malah bekas NC UiTM juga pernah menyerang beliau mengenai isu kelulusan pembinaan stesen minyak bersebelahan kampus Shah Alam.

Oleh kerana kita mudah lupa kerana ia sifat manusia maka saya menyarankan supaya rajin-rajinlah menyelak lembaran lama
1)Isu Pasir: Noh di dakwa sasar Khir
2) Hipokrasi Khir
3) Penyelewengan Khir
4) Isu Pasir: Noh dan Khir Membisu
5) Arkib berita Khir


1 comment:

al-brangi said...

salam,

mohon dilinkkan ke bloglist tuan/puan atau tukar ke url baru seperti berikut>

http://al-brangionline.blogspot.com kerana blog lama al-brangi kena serang malware.

terima kasih banyak2.