Saturday, October 30, 2010

Jenaka: Mati Senyum

Selain dari penyamun yang mati tersenyum dalam cerita Ali Baba dan 40 orang penyamun arahan TS P. Ramlee, ada sekurang-kurangnya 3 kes lagi mati tersenyum yang dilapor. Kes 1: mati ketika di atas pelamin, Kes 2: Mati ketika mendapat berita menang hadiah bernilai RM1 juta dan Kes 3: Mati disambar petir.

Dari ketiga-tiga kes yang dilaporkan tersebut, mati disambar petir telah dibuat siasatan lanjut ke atas kejadian tersebut. Menurut saksi-saksi yang berada di tempat kejadian, si mati menyangkakan bahawa cahaya kilat adalah 'flash' kamera di mana beliau sempat memberikan isyarat 'peace' ketika cahaya kilat dan disusuli dengan petir yang menyambarnya!

Rujukan:
Maklumat di bahagian dalam komuter Klang - Sentul

No comments: