Friday, March 18, 2011

Doctor in the House


Gaya penulisan A Doctor in the House semacam gaya penulisan Sejarah Melayu TS Lanang di mana fakta sejarah dicampurkan dengan mitos untuk menggambarkan kehebatan keturunan raja-raja Melayu. Begitu juga dengan fakta-fakta yang terdapat dalam buku tersebut sama ada beliau betul-betul terlupa atau khayalan beliau mereka cipta malah mencabar supaya pihak-pihak yang terlibat dalam penulisan buku tersebut mendapatkan perintah injunksi dari mahkamah jika tidak berpuashati. Ironinya ramai juga peminat cerita mitos beliau!

Mungkin juga beliau merupakan peminat kepada drama komedi bersiri Doctor in the House yang disadur dari buku Richard Gordon, diterbitkan oleh London Weekend Television antara tahun 1969 hingga 1970. Drama ini diarahkan oleh David Askey dan Maurice Murphy.

Patutlah Patrick Teoh ketawa berdekah-dekah apabila membaca buku tersebut sambil menyifatkan beliau sebagai pelawak kelas tersendiri yang lebih lucu dan lebih hebat dari Harith Iskandar.

Tengku Razaleigh menyelar penulis buku tersebut sebagai lawak jenaka dan penipuan politik. Rujuk The Star bertarikh 12 Mac 2011 Ku Li slams Dr M's book.

Mohd Sayuti Omar pula mengatakan bahawa beliau adalah seorang diktator demokrasi yang mengusahakan supaya PAS ditendang dari BN.

No comments: