Monday, April 4, 2011

Azizah Sahkan Bukan Suaminya Dalam Video Lucah Itu...

Memanjangkan tinta dari Merah Tinta MSO

Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini mengesahkan bahawa lelaki yang mirip suaminya dalam klik video lucah yang hangat diperkatakan kini bukan suaminya. Azizah berkata demikian dalam satu sidang akhbar khas di rumahnya pagi ini.

Pengesahan itu dibuat setelah beliau dan anak beranaknya mengambil keputusan berani untuk menonton video lucah berkenaan. Tindakan Wan Azizah itu boleh dianggap satu cabaran besar kepadanya yang melibatkan maruah. Sebelum ini beliau benci untuk melihatnya tetapi akhirnta terpaksa ditonton ekoran klik vodeo berkenaan tersebar di seluruh dunia.

Nah sekarang setelah Wan Azizah dan keluarga sendiri mengesah bahawa itu bukan Anwar maka jelas watak dalam video berkenaan palsu, bukan Anwar sebenarnya. Orang paling gembira dan berbahagia dengan penjelasan Azizah ialah Anwar sendiri.

Biarlah tiga juta orang Umno menerima itu sebagai benar, tetapi bagi Anwar dan jutaan penyokongnya yang lain akan berpuas hati dengan penjelasan Azizah seorang. Penjelasan dan kenyataan Aizzah boleh membunuh bukan saya tiga fitnah besar tetapi juga kebenaran-kebenaran kecil yang lain.

Dalam situasi beginilah seseorang pejuangan memerlukan seorang isteri yang tulus terhadap suami yang memahami perjuangan suami serta yang bersimpati sepanjang masa dengan musbah ditimbpa sumai. Kehebatan di sini bukan lagi Anwar tetapi Azizah yang menampong dan memperkasakannya.

Bagaimana pun pada saya, biarlah Azizah membuat penjelasan bersumpah laknat sekalipun menolak segala fitnah itu ia tidak mudah membersihkan kotoroan yang dilumurkan. Seperti mana orang tidak percaya kepada sumpah laknat pembacuh kopi yang mendakwa diliwat Anwar maka begitulah juga orang akan menolak sumpah dan penjelasan Azizah itu.

Semuanya ia bergantung kepada nawaitu dan matlamat kita. Sekarang ini sama-sama kita tepuk dada dan tanya hati kita. Pada saya, keperibadian Anwar satu hal yang lain, manakala perjuangannya membela rakyat satu hal yang perlu diutamakankan. Untuk mencari kejernihan dan menghilangkan kekeliruan pisahkan di antara peribadi dengan perjuangan. Sebenarnya kalau peribadi dicampurkan dengan perjuangan tidak ada seorang pun tokoh politik di negara ini layak menjadi pemimpin termasuk Najib Razak.

Kita bukan mahu membela keperibadiannya tetapi membela perjuangannya. Kalau ada orang lain yang baik, lebih warak dari Anwar kebetulan pula mempunyai idelisme seunggul Anwar maka berpalinglah kepada pemimpin itu.

Kalau belum ada sesiapa yang boleh bersuara dan membentangkan perjuangan menyentuh hati nurani kita, maka sukar untuk menafikan Anwar sebagai seorang hero dan wira negara ini. Melihat segala ancaman, serangan termasuk secara fitnah dan liar namun Anwar tetap juga mampu berdiri teguh, ini menggambarkan akan kehebatan dan keagungan Anwar sebagai tokoh politik.

Rosmah dan Mahathir agaknya terjua mengenai kehebatan seorang manusia ini tetapi begitu ego untuk menerimanya kerana kehebatan itu merampas kepentingan dan kehebatan diri mereka. Mat Maslan pula ketika ini kehilangan suara untuk berkata-kata.

No comments: