Saturday, April 9, 2011

Dah Lama Dah......

Golongan pertengahan Melayu memang dah lama dah menyampah kat UMNO nih...... janganlah buat-buat tak tahu. UMNO memperalatkan golongan marhaen untuk kepentingan segelintir pemimpin UMNO dan juak-juaknya yang mewarisi kepimpinan 'ala-Firaun' dan juak-juaknya (polong dan hantu raya dalam UMNO) yang masih bernyawa. Bila dahan patah juak-juak pun bertaburan......

Bila rakyat marhaen sedar siapa UMNO, maka akan berlakulah 'reformasi'.....


---------------------------------
Dipetik dari laman Dr Siti Mariah

SATURDAY, APRIL 9, 2011

Masaalah Umno

Umno sedang menghadapi masalah dengan orang Melayu menyebabkan mereka tidak menyokong parti itu,, kata bekas Ketua Puteri Umno Datuk Seri Azalina Othman Said.

“Umno menghadapi masalah dalaman hingga orang benci kepada Umno.

“Banyak sabotaj dalam Umno, ” katanya di majlis dengfan Puteri Umno Selangor hari ini.

Beliau berkata, pegawai kerajan dari kementerian pengajian tinggi, jabatan pelajaran pejabat tanah tidak sokong kerajaan.

“Kita ada masalah imej Melayu. Kes SPRM, kes video seks Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim).

“Telah dimanipulasi hingga orang kata Umno yang buat.

“Dalam video seks orang kenal siapa Tan Sri Rahim (Thamby Chik),” tambahnya.

Azalina berkata, Umno juga menghadapi masalah dengan pengundi Melayu di bandar.

Katanya, profesional Melayu bandar tidak pedulikan Umno, sebaliknya mementingkan soal gaji dan keluarga mereka.

“Ada wakil rakyat kita (Melayu) yang orang menyampah, ada berjabat tangan tidak tengok muka,” katanya. - FMT


No comments: