Sunday, November 27, 2011

Menggilap perjuangan rakyat

"Perjalanan yang kita ambil dari Masjid Negara ke Dataran Merdeka hanya mengambil masa 15 minit, dan kita sampai ke Dataran Merdeka untuk mengisytiharkan satu proklamasi untuk berjuang. Dan ramai di kalangan kita telah berjalan bukan 15 minit, tetapi 13 tahun sampai hari ini." Tian Chua

"Kita nak selesaikan masalah transport, tanya pemandu teksi; kalau kita nak selesaikan isu penternakan lembu, tanyalah penternak lembu; kalau kita nak selesaikan masalah beras, tanyalah petani-petani! Kita harus sentiasa pastikan, parti ini harus sentiasa ada proses mendengar dari akar umbi!" Tian Chua

Wan Azizah mengakui dirinya terkesan dengan beberapa insiden, antaranya seorang makcik yang bertubuh bongkok datang ke ceramah dan menghulurkan wang satu ringgit untuknya.

Ketua Umum Anwar Ibrahim yang berucap di akhir Kongres, turut membangkitkan beberapa kisah yang menyentuh hatinya ketika turun ke gelanggang.

Misalnya, seorang Tok Lebai yang datang dengan pakaian yang lusuh, menyerah satu sampul, yang diketahui isinya ialah RM1000 hanya selepas beliau membukanya dalam kereta. Beliau juga tersentuh apabila seorang Cina yang beredar setelah ceramahnya bermula, yang disyakinya sebagai ahli MCA. Namun, orang Cina itu kembali dengan motornya, membawa ubat batuk dan gula batuk kepadanya, kerana mendapati suaranya sudah serak.

Petikan: Merdeka Review

No comments: