Friday, December 9, 2011

Mudah Lupa...... atau Buat-buat Lupa.....

Hai takkan tak tahu bila nama sendiri diguna bagi Projek IC, engkau kan PM dan Menteri Dalam Negeri masa tu.....

Kalau dah Pembelit tu memang tak pernah puas nak membelit........

Dr Mahathir nafi beliau di belakang 'Projek IC'
Kow Gah Chie
8:09PM Dis 9, 2011
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menafikan penglibatan beliau dalam 'Projek IC' - yang didakwa operasi rahsia pada tahun 1990-an untuk memberi kad pengenalan kepada warga asing untuk mengundi Barisan Nasional (BN).

Beliau bertegas bahawa namanya telah digunakan dalam operasi
tersebut tetapi tidak menafikan menyedari kewujudannya.

Dr Mahathir berkata, ramai orang yang menggunakan nama saya, dan "itu tidak bermakna saya bersetuju (dengan program itu).

Katanya, beliau tidak dapat menghalang mereka daripada menyalahgunakan namanya.

Dr Mahathir (kanan dalam gambar) mempertahankan dasar kerajaan untuk membenarkan rakyat asing yang tinggal di sini selama lebih satu dekad, fasih dalam Bahasa Malaysia dan telah menunjukkan kesetiaan kepada negara - memohon kewarganegaraan.

Beliau memberitahu demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan versi e-buku memoir beliau 'A Doktor in the House'.

Diminta mengulas mengenai cadangan menubuhkan suruhanjaya diraja (RCI) untuk menyiasat 'Projek IC', Dr Mahathir nampak terkejut dan berkata dia tidak tahu mengenai projek tersebut.

Ditanya sama ada beliau mengalu-alukan penubuhan RCI untuk membersihkan namanya, Dr Mahathir menjawab bahawa beliau tidak peduli (sama ada namanya) dibersihkan atau tidak.

Baginya, tegas mantan perdana menteri, ianya tidak relevan.

No comments: