Saturday, December 31, 2011

Sinar Hairan.....

Rasanya kalau ada akhbar yang menggunakan perkataan 'Harian' macam mempunyai penyakit yang sama jer..... jadi kalau mereka membuat interview eloklah para pemimpin pakatan ni jangan terlalu naif berdepan dengan mereka....

Kecenderungan mereka untuk spin kenyataan yang diberikan adalah tinggi dengan mengambil sesuatu kenyataan 'out of context' sebagai contoh......

DR Mariah: "SINAR SALAH LAPOR SAYA "SIMPATI" PADA SHAHRIZAT"

Bukan senang nak "counter spin"..... jenuh dibuatnya menepis...


SINAR SALAH LAPOR SAYA "SIMPATI" PADA SHAHRIZAT
Saya ingin menjelaskan laporan SINAR HARIAN beberapa hari yang lepas mengenai kononya saya simpati kepada Sharizat Jalil. Soalan pemberita dikemukakan kepada saya selepas kenyataan akhbar mengenai isu penapisan filem. Dia bertanya adakah pendirian muslimat PAS sama dengan Wanita PKR mengenai isu NFC. Saya mengatakan tentulah sebab ianya isu nasional dan melibatkan penyalahgunaan wang rakyat. Cuma saya kata dalam nada sinis yang "kesianlah" Shahrizat, kerana dia seorang sahaja yang dikambinghitamkan sedangkan Timbalan Perdana Menteri yang meluluskan pinjaman tersebut terlepas dan suaminya pun nampak macam terlepas juga. Mungkin inilah yang dikatakan saya "bersimpati dan menyokong" Sharizat. Saya juga menambah yang adalah mustahil seorang isteri tidak tahu yang syarikat suaminya mendapat pinjaman RM250 juta. Secara tersirat saya mengatakan Shahrizat telah berbohong.

Saya juga mengatakan (lebih kurang) yang walaupun beliau seorang yang baik, peramah dan dikatakan dapat menyelesaikan masalah kebajikan rakyat, namun ia tidak dapat menjadi alasan untuk menyelamatkan dari penyalahgunaan wang rakyat. Ianya dua perkara yang berbeza.

Selain daripada itu saya TIDAK memberi komen tentang kedudukan dia sebagai Ketua Wanita Umno atau samada dia patut meletakkan jawatan sebagai menteri seperti yang dilaporkan Sinar Harian.

Saya harap TVPAS akan juga menyiarkan bahagian temuramah ini untuk rakyat membuat kesimpulan sendiri.

Sumber: Blog Dr Mariah

No comments: