Wednesday, January 25, 2012

DSAI turun ke Sabak bernam: Dua Sisi


Ramai pihak mahukan DSAI turun ke kawasan mereka bagi merangsang sokongan rakyat jelata, sosok tubuh DSAI merupakan stimulator kepada sokongan rakyat. Jika dilihat daripada dua sisi yang berbeza kehadiran DSAI ke mana-mana kawasan akan menjadi ancaman dan peluang bagi pihak-pihak tertentu.

Kehadiran DASI di Sabak Bernam, sudah pasti ancaman bagi pemegang kerusi P92 Parlimen Sabak bernam, DUN N1 (Sg Air Tawar) dan DUN N2 (Sabak). Sementelahan pula pemegang kerusi Parlimen Sabak Bernam pernah didakwa atas tuduhan rasuah yang membabitkan lapan tuduhan palsu. Manakala dalam PRU12 Dun N1 menang dengan majoriti 123 undi sahaja dan DUN N2 menang dengan majoriti 117 sahaja. Sedikit sebanyak lawatan DSAI akan menjadi perangsang kepada kemaraan PR dalam PRU13 dan menjadikan pemegang kerusi-kerusi tersebut kepanasan dan kebimbangan dan ini bukan rahsia lagi kerana sudah disuarakan oleh Timbalan Pengerusi UMNO Selangor sendiri baca di sini.


Cuma kebimbangan kita ialah pihak-pihak yang melihat kemaraan PR ini sebagai satu peluang. Kita rakyat marhaen ini gusar pihak pimpinan tidak teliti dalam memilih, memang banyak yang tidak pasti tetapi kita tidak mahu pengkhianat-pengkhinat diberikan tempat seperti kes Behrang, Bruas, Changkat jering, Kulim, Padang Serai dan lain-lain berulang.

No comments: