Tuesday, January 17, 2012

Elokla ISMA buat parti politik alternatif

Elokla ISMA tubuh parti politik sebagai permulaan ni lantik Dr Hasan Ali (DHA) sebagai presiden pertama..... sebab beriya-iya ISMA membela DHA... Pastu boleh pilih Nasaruddin Mat Isa sebagai timbalan.

Kalau nak komen pun rujuklah sumber asal dan minta penjelasan DSAI sendiri bukan memetik laporan Utusan Malaysia.....

Tak sudah-sudah ISMA ni menimbulkan masalah dengan pelbagai pihak!

Sumber: Isma Web

Kenyataan Anwar satu penyimpangan pemikiran

BANGI, 16 Januari – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman menyelar kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemubual oleh BBC, bahawa undang-undang yang berkaitan dengan homoseksual di Malaysia sudah lapuk dan perlu diperbaharui.
Menurut beliau, pandangan Anwar itu merupakan satu penyimpangan pemikiran yang kini telah menjadikan hak asasi manusia sebagai rujukan tertinggi dalam percaturan politik di Malaysia.

‘Saya berpendapat ini merupakan satu penyimpangan pemikiran kerana sebagai seorang Islam, beliau perlu merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah, bukan kepada hak asasi manusia.
“Hari ini kita melihat hak asasi manusia seolah-olah menjadi rujukan tertinggi dalam percaturan politik di Malaysia dan ini adalah sesuatu yang berbahaya sekiranya ia dibiarkan berlaku,” katanya.
Menurut Ustaz Abdullah Zaik, perkara tersebut boleh memesongkan pegangan umat Islam dan mengancam kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara Islam walaupun isu tersebut mendapat sokongan daripada golongan yang mengamalkan budaya hidup homoseksual.
“Pemikiran sebegini boleh mengakibatkan pegangan dan pemahaman seorang muslim berubah daripada pegangan asal yang berpaksikan kepada Al-Quran dan Sunnah, kepada pengambilan ideologi yang bukan Islam.
“Tidak ada mana-mana pihak yang mampu untuk mengubah dasar undang-undang dan perlembagaan di Malaysia yang berpaksikan sebagai sebuah negara Islam yang diduduki oleh pelbagai kaum serta bangsa,” ujarnya lagi.
Beliau juga melahirkan kebimbangan bahawa pemikiran sebegini boleh menimbulkan kecelaruan terhadap masyarakat khususnya golongan muda.
“Kecelaruan rujukan ini boleh menyebabkan kekeliruan yang besar kepada masyarakat terutama golongan muda. Jadi kita berpendapat Anwar perlu merujuk semula perkara ini dan kembali sebagai pejuang Islam yang mengangkat martabat Al-Quran dan Sunnah.”

No comments: