Monday, January 9, 2012

Eloklah packing apa yang patut......

Dulu ada orang kata dia akan lari keluar negeri kalau DSAI jadi PM....... jadi suku sakat dan spesis yang sama kalau dah banyak duit tu bolehlah packing & minta kerakyatan di tempat mana aset tu disembunyikan......

Bagi yang tak cukup kaya lagi tu eloklah berbaik-baik dan meminta maaf macam presiden parti KITA........

Setuju sangat dengan ramalan MSO lepas ni berduyunlah 'oportunis' yang akan mengikuti langkah itu, katak dan sesumpah pun akan dilupakan oleh media arus perdana....

Pendakwa Tak Perlu Rayu, Anwar Akan Jadi PM Tak Lama Lagi - Karpal
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

KUALA LUMPUR: Ketua pihak pembelaan, Karpal Singh berharap pihak pendakwa tidak mencabar keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah daripada pertuduhan kes liwat kerana tiada asas yang kukuh.

Dalam pada itu Karpal yang juga Penasihat DAP berkata, keputusan berkenaan merupakan petunjuk kepada masa depan Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang.

"Ini adalah petunjuk kepada apa yang akan berlaku nanti terutamanya dalam pilihan raya.

"Anwar akan jadi Perdana Menteri seterusnya dan kita akan berada di Putrajaya sedikit masa lagi," kata Karpal.

Menurut beliau, pada dasarnya kes berkenaan bukan merupakan tuduhan yang jelas apabila pendakwa gagal mengemukakan bukti kukuh berhubung dakwaan yang dibuat oleh bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd SaifulBukhari Azlan tiga tahun lepas.

"Keputusan ini telah kita jangkakan, kerana pada peringkat awal lagi beliau tidak sepatutnya didakwa. Bukti Saiful telahpun ditolah oleh mahkamah.

"Saya harap Peguam Negara tidak memfailkan rayuan kerana ini bukan kes yang sempurna untuk dirayu.

"Keputusan itu sepatutnya dibiarkan begitu sahaja," katanya kepada para pemberita selepas selesainya kes perbicaraan Anwar tadi.

Mahkamah telah pun membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menyatakanmahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa integriti sampel DNA yang dikemukakan sebagai bahan bukti, tidak terusik.

sumber: MStar

No comments: