Saturday, January 21, 2012

Insiden Di Dewan MBSA Jalan Kebun

Orang-orang Jalan kebun ni rata-rata penyokong Pakatan Rakyat (dulu reformasi) sejak dari tahun 1998. Di sini perhimpunan 100 ribu pertama kali dianjurkan di lebuhraya KESAS masa arwah Ustaz Fadhil Noor ada lagi pada 25/11/2000. Ketika PRU11 (2004) PAS dan Keadilan kalah teruk kepada BN, majoriti penduduk Kg Jalan Kebun masih memberikan undi majoriti kepada calon PAS Khalid Samad (DUN)dan calon Keadilan (Parlimen) tapi BN menang di kawasan majoriti India dan lain-lain kawasan. Majoriti pengundi Jalan Kebun adalah pengundi senyap.

Kemudian apabila 2008 kerusi Parlimen diberikan kepada PAS dan kerusi DUN diberikan kepada Keadilan, alhamdulillah strategi menjadi! Dua-dua kerusi menang, maka terpinggirlah UMNO di Jalan Kebun sebab itu mereka cuba mencari dan cuba meraih publisiti dengan mengambil kesempatan dengan isu-isu kontemporari seperti isu Hak Istimewa Raja-Raja Melayu dan Isu Peranan JAIS.

Memang gedebe UMNO ada di mana-mana bukan di Jalan Kebun sahaja, mereka ni beberapa kerat sahaja. Selain dari Jalan Kebun Gedebe UMNO juga berada di Sijangkang (kawasan Dr Yunus Exco baru), Rantau Panjang dan lain-lain kawasan.

Budak-budak suruhan UMNO budak tak cukup akal...... kalau dilayan letih kita. UMNO ni macam Hantu Raya.... ada towkey yang membiayainya. Kalau zaman sebelum Dr Mahathir, UMNO Selangor hidup dengan pembiayaan towkey-towkey Cina. Antara jasa DEB pasca Mahathir dan Daim ialah menghasilkan towkey-towkey Melayu (di mana sebahagiannya merupakan lintah darat) yang membiayai program UMNO.

Tapi dengan peristiwa yang berlaku di dewan MBSA Seksyen 30 Jalan Kebun ini mudah-mudahan merubah persepsi orang India Klang dan Shah Alam kepada warna sebenar UMNO.

Bak pepatah orang-orang tua, "biar kalah tempur tapi menang peperangan". Kawal emosi berdepan dengan puak-pual ni.

No comments: