Saturday, January 14, 2012

Kembalikan dasar peluang pengajian tinggi kepada semua rakyat...

Zaman Pak Utih mengaji dulu memang percuma...... cuma zaman Mahathir dan Daim Zainuddin saja yang memulakan dasar berhutang untuk diploma dan ijazah.....


Kelantan mahu hapus hutang PTPTN

Exco kananan kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa berkata negeri itu akan menghapuskan hutang yang ditanggung warganya daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Dalam perbahasannya di Konvensyen Pakatan Rakyat Ketiga di Alor Setar hari ini, Husam berkata bayaran itu akan dibuat sebaik Kelantan berjaya menuntut bayaran royalti minyak daripada kerajaan persekutuan.

Kenyataannya itu bagi menjawab satu cabaran yang dikemukakan seorang wakil pelajar di konvensyen berkenaan dalam sesi terdahulu.

Husam mengulas, hutang yang akan dilupuskan itu melibatkan jumlah yang dipinjam oleh pelajar berkenaan sejak tahun 2005.

Sumber Malaysiakini

No comments: