Friday, January 20, 2012

Menteri tanpa kerusi..... Raja tanpa Tahta.....

Menyalakla.... mudah-mudahan dapat perhatian setelah Shahrizat di'out'kan.... Bercakap macam tak ada maklumat..... cubalah hidup cara rakyat marhain.... cuba bergaul dengan orang-orang Indon tu.... sumbangan mereka besar kepada guna tenaga di Malaysia ni..... Proses pemutihan PATI dan PADI menyebabkan beberapa sektor industri gelabah apabila sektor mereka tidak termasuk dalam senarai yang diluluskan untuk mengambil pekerja-pekerja asing. Maka merayulah usahawan-usahawan yang mana sektor mereka tidak tersenarai dalam kelulusan KDN yang mengeluarkan permit pekerja asing. Siapalah yang sanggup bekerja teruk dengan imbuhan yang rendah kecuali orang-orang Indon.

Yang menyebabkan hubungan tak baik Malaysia - Indonesia ialah dasar dan layanan kerajaan Malaysia terhadap rakyat Indonesia itu sendiri umpamanya Undang2 Orang Gaji yang lebih memihak kepada Majikan di Malaysia. Sering berlaku kekejaman terhadap orang-orang gaji kurang mendapat pembelaan sewajarnya, begitu juga tindakan pihak berkuasa mengutip wang perlindungan di kongsi-kongsi pekerja Indonesia dan Bangla.

Sedikit penjelasan dari bekas Menteri Luar di sini

Dari Malaysiakini

Menteri: Anwar mungkin penyebab hubungan tak baik M'sia-Indonesia
Jimadie Shah Othman
6:47PM Jan 20, 2012

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin mengesyaki Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi penyebab kepada hubungan tidak baik Malaysia-Indonesia.

"Semalam dia datang sini (Pantai Dalam di ibu negara), bawa pemberita dari Indonesia.

"Yang penting apa yang dia putar belit mungkin menjadi penyebab hubungan tidak baik Malaysia dan Indonesia," katanya.

Semalam, Anwar yang juga ketua pembangkang mengadakan rakaman untuk program personaliti dengan stesen televisyen swasta Indonesia TVOne di kawasan itu.

Menurut pegawainya, rakaman itu untuk melihat hubungan Anwar dengan rakyat biasa.

Berucap dalam majlis turun padang perdana menteri di kawasan itu, Raja Nong Chick juga menyifatkan kedatangan Anwar tidak mendapat sambutan.

"Berapa orang ikut dia? Tak ada orang kan?" katanya yang juga ketua Umno Lembah Pantai.

'Perkecil bantuan BR1M'

Raja Nong Chik juga menggambarkan seolah-olah ketua umum PKR itu memperkecil usaha kerajaan membantu rakyat melalui program "Bantuan Rakyat 1Malaysia".

"Saya tak bohong. Dia kata, ambil BR1M tapi jangan sokong BN," dakwanya.

Sementara itu, Raja Nong Chik juga mengambil peluang menyebut semula usaha BN selama ini untuk memajukan kawasan itu, antaranya pembinaan kompleks niaga di kawasan berdekatan dan kejayaan menyelesaikan kesesakan jalan raya di kawasan sekitar.

"Justeru saya amat yakin rakyat akan terus menyokong kerajaan BN," katanya di hadapan kebanyakan peserta yang dijadual menerima bantuan BR1M yang akan diedarkan di kawasan perumahan itu.

Hubungan Malaysia-Indonesia sebelum ini teruji apabila timbul
kemarahan penduduk republik itu terhadap negara ini dalam pelbagai isu, antaranya kesenian tradisi yang didakwa dicuri.

Program perdana menteri di parlimen Lembah Pantai itu antara rangka lawatan Najib di kawasan parlimen pembangkang di Kuala Lumpur, yang dilihat sebagai usaha mendapatkan kembali sokongan BN.

No comments: