Saturday, January 21, 2012

Retorika 1Malaysia.... Satu Habuk pun tadak!


Ketika rakyat Malaysia berganding bahu di bawah Pakatan Rakyat, UMNO undur 43 tahun ke belakang tahun 1969. Ketika nilai-nilai Malaysia Baru yang lebih adil kepada semua rakyat jelata nampaknya UMNO tidak bersedia untuk berubah dan melangkah ke tahun 2012. Mereka masih lagi selesa dengan politik samseng kampungan.

Peristiwa terbaru berlaku di Dewan MBSA seksyen 30 Jln Kebun Shah Alam, nampak gayanya UMNO mahu menimbul dan memarakkan semula api kebencian kaum yang berjaya dipadam dan dilunakkan oleh Pakatan Rakyat. Rujuk di sini

Inilah stail UMNO, stail samseng...... stail kuno yang ketinggalan zaman..... stail yang mempercepatkan kematian UMNO......stail puak-puak desperado...... apatah lagi maklumat risikan yang menyatakan bukan sahaja negeri yang ditawan oleh Pakatan Rakyat pada PRU12 kekal di tangan Pakatan Rakyat malah beberapa buah negeri juga bakal jatuh kepada Pakatan Rakyat seperti Negeri Sembilan dan Trengganu dalam PRU13 baca maklumat MSO.

Groundwork yang dibuat oleh Sdra Rafizi patutlah diberikan pujian sementelahan lagi beliau memang berasal dari Trengganu..... Mudah-mudahan beliau dengan kapasiti beliau sebagai Pengarah Strategi Keadilan berjaya dan berhasi merealisasikan strategi beliau. di Pahang dan Trengganu.

Saya mengikuti twitter beliau, sekarang ni tengah sibuk menyusun strategi di Pahang dan Trengganu.

No comments: