Thursday, February 9, 2012

Hilang ingatan.....

Ooo Fuad nih pernah mengajar di Yayasan Anda dan menjadi orang kuat ABIM..... awat boleh "turn" 180 darjah...... Bercakap macam orang hilang ingatan dan tak sedar diri..... Apa 'projek' dia sekarang..... selain dari menjadi pengampu dalam UMNO..... takkan orang Johor takde maklumat!

Dah berjaya tarbiah UMNO dari dalam ka..... tu yang rasuah dan salah guna kuasa menjadi-jadi tu..... tu kejayaan hangla tu.....

sumber Utusan Online 8 Februari
Nik Aziz perlu ditarbiah - Jawapan TGNA dalam Harakahdaily

KUALA LUMPUR 7 Feb. - Ulama Pas perlu mentarbiah Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya kembali ke pangkal jalan dan berhenti daripada bersikap hipokrit semata-mata untuk menjaga kepentingan politiknya bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, keengganan Nik Abdul Aziz menyatakan pendirian berhubung sokongan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keselamatan sebuah negara Israel baru-baru ini membuktikan beliau seorang pemimpin yang tidak berpendirian.

"Dia sepatutnya berkata sesuatu yang lebih tegas bukannya berdiam diri atau sekadar meminta penjelasan Anwar yang sebenarnya hanya satu helah.

"Nik Abdul Aziz sudah banyak menyeleweng, maka perlu ulama dalam Pas sendiri membawa beliau kembali ke pangkal jalan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Puad mengulas sikap 'pak turut' Mursyidul Am Pas itu yang dilihat mempertahankan kenyataan Anwar menyokong usaha melindungi keselamatan negara Israel di dalam wawancara dengan The Wall Street Journal (WSJ) akhir bulan lalu.

Menurutnya, sebagai pemimpin parti yang memperjuangkan Islam, Nik Abdul Aziz tidak sepatutnya berdolak-dalih berhubung isu yang telah mengguris hati umat Islam dan imej negara yang konsisten menentang kezaliman Zionis.

"Dia buat andaian kononnya media memutar belit kenyataan Anwar tetapi Anwar sendiri tidak menafikan kenyataan yang beliau buat dalam WSJ.

"Tak perlu buat kenyataan berhelah, boleh bidas terus Anwar kalau itu yang dinyatakan," katanya.

Timbalan Menteri Pelajaran itu percaya tindak-tanduk Nik Abdul Aziz dan penyokong PKR yang mempertahankan kenyataan Anwar mempunyai kaitan dengan harapan pembangkang meraih bantuan daripada Amerika Syarikat (AS) dan Yahudi untuk memenangi pilihan raya.

"Mereka tidak yakin boleh tawan Putrajaya melalui proses pilihan raya dan demokrasi tanpa campur tangan kuasa asing.

"Ulama politik itu atau Nik Abdul Aziz telah berjaya memukau semua ahli Pas supaya hanya tumpu kepada matlamat politik dan usaha menawan Putrajaya. Mereka sanggup membelakangi nasib dan maruah rakyat Palestin," katanya.

Sehubungan itu, Mohd. Puad menyeru rakyat supaya menolak dan mengecam Nik Abdul Aziz serta penyokong Anwar yang menjadi punca Ketua Pembangkang itu semakin berani bersikap pro-Israel.

"Imej Malaysia yang selama ini konsisten menentang kezaliman Zionis akan bertukar menjadi sebuah negara pro-Israel jika pembangkang menang pilihan raya,'' tambahnya.

No comments: