Wednesday, February 1, 2012

Jangan Lupa: Kalau lupa selak surat khabat lama

Pada 1 Februari 2012, Zahid Hamidi berkata;

"Gambaran awal keadaan tersebut boleh berlaku ekoran kenyataan yang dilontarkan oleh Anwar dalam The Wall Street Journal (WSJ) pada 26 Disember lalu mengenai sokongan kepada usaha melindungi keselamatan Israel."

petikan laporan Utusan

Tapi apa yang dia buat pada Jun 2008 di majlis koktel pertunjukan udara Paris?

Kenyataan yang dikeluarkan pegawai khasnya, Halim Majid, Ahmad Zahid hanya menemui Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak semasa majlis koktel di pertunjukan udara tersebut.

Laporan ini dibuat pada 18 Julai 2009 oleh Utusan.

Patutlah juak-juak Mahathir berbulu sangat-sangat pada Ahmad Zahid ni kerana sifat sesumpahnya yang sampai ke tahap gaban dari zaman Pak Lah.

Untuk bantu ingatan juga selak laporan dan pendedahan di blog-blog untuk mengetahui warna sebenar kerajaan UMNO di sini: "Bukti hubungan dagang Malaysia - Israel".

No comments: