Sunday, February 19, 2012

Out of context.......

Kenyataan 'out of context' menggambarkan keadaan seseorang yang sangat tersepit (desperate) apatah tidaknya dia diasak kiri dan kanan.... diasak oleh rakan dan lawan... Kalau peninju diasak hingga ke sudut gelanggang pun tidak akan berkata demikian....

Dari Malaysia kini:
"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menempelak Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadapi kontroversi atas dakwaan mahu meminda undang-undang Islam sebelum ini."

Betul... baca kat sini

Antara komen pembaca yang cerdik di sini

"Kenyataan yg diputarbelitkan.. Anwar minta pinda undang2 qazaf yg xikut Islam yg di amalkan oleh M'sia... Maksud Anwar tuduhan liwat keatas beliau mesti d bicarakan dgn mengadakan 4 org saksi..... Tp bl Anwar saman Datuk Jamil Khir atas sbb tidak mengikut peraturan qazaf, kes tsbut di tolak begitu saja olh Mahkamah Syariah... Perkara ini yg d bangkitkan oleh Anwar supaya dipinda dan diperbetulkan agar selari dgn kehendak hukum Islam yg sebenar serta tidak d manipulasi tuk tujuan politik menjatuh dan memalukan pihak lawan... Tp Najib nk kelirukan umat Islam dgn membuat kenyataan putar belit.... Utusan Meloya dan TV3Suku pula turut bersekongkol dlm hal pemfitnahan yg jijik ini..."


PM: Awas kenyataan 'pelik bin ajab'
Nigel Aw
3:39PM Feb 19, 2012

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menempelak Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadapi kontroversi atas dakwaan mahu meminda undang-undang Islam sebelum ini.

Tanpa menyebut nama ketua pembangkang secara jelas, Najib menganggap kenyataan sebegitu sebagai antara cabaran getir umat Islam hari ini.

"Kita sedar kepentingan umat Islam itu penting kita juangkan. Kita berdepan dengan pelbagai cabaran yang getir dan berdepan dengan kenyataan oleh pemimpin tertentu sehari dua ini, yang kita anggap sebagai satu yang mungkin pelik, pelik bin ajaib, ajaib bin pelik.

"Bila kenyataan bahawa undang-undang seksual negara kita perlu dipinda kerana lapuk dan ketinggalan zaman, tertentu sekali terfikir pada kita kenapa undang-undang Allah tak boleh dijelmakan kepada bentuk undang-undan yang kawal manusia? Adakah undang-undang Allah lapuk?" katanya.

Bercakap di dalam majlis bersama sarjana dan ulama Islam di Kuala Lumpur hari ini, Najib mempersoalkan tindakan itu sedangkan rakyat Singapura sebagai "negara bukan Islam" juga tidak mahu memindanya.

Dalam wawancara dengan Perbadanan Penyiaran British (BBC) Januari lalu, Anwar diminta menyatakan pendirian sama ada bersedia memperjuangkan 'idea anti-diskriminasi' terhadap kumpulan homoseksual.

Beliau menegaskan masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia keseluruhannya percaya dan komited menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita tetapi "tidak harus dilihat sebagai menyusahkan dan menganggap undang-undang lapuk sebagai relevan".

Beliau menafikan merujuk undang-undang Islam atau mempertahankan aktiviti liwat tetapi merujuk undang-undang sedia ada, termasuk termasuk peruntukan dalam seksyen 377(B) dan 377(C) Kanun Keseksaan yang didakwanya digunakan untuk mengaibkan seseorang, khususnya musuh politik.

No comments: