Friday, February 24, 2012

Penaja Program Jati....

Sah satu penaja syarikat yang cari makan kat Selangor....... Sebelum ini pun memang biasa mesyuarat penyelaras DUN BN dibuat di pejabat syarikat tersebut sebab Pak Utih pernah terserempak dengan Penyelaras tersebut beberapa tahun lepas katanya mesyuarat penyelarasan DUN BN Selangor di pejabat syarikat tersebut.

Dalam program JATI pun pihak pengurusan syarikat tersebut mengerahkan pekerja-pekerjanya menghadiri program JATI...... 'PAKSA' kerana terpaksa demi 'kelangsungan hidup' dan mahu jadi lebih kaya!



JATI - Khalid Samad dakwa 2 Syarikat Besar BN Taja Hasan Ali.

KUALA LUMPUR 24 Feb. - Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mencabar Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr. Hasan Ali agar menafikan dakwaan beliau bahawa Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang ditubuhkan ditaja 2 syarikat besar berkepentingan.

Beliau yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor mendakwa isu tuduhan tidak berbangkit sama sekali akan tetapi beliau sendiri mahu mendengar bekas Pemimpin No. 1 PAS Selangor itu menafikan dakwaan beliau tersebut.

Khalid Samad turut menjelaskan ada kemungkinan 2 syarikat ini akan mendapat ganjaran berbentuk faedah kewangan jika Barisan Nasional berjaya merampas semula Kerajaan Negeri itu pada PRU13 kelak.

Hasan Ali sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya penubuhan JATI ada agenda tersembunyi sepertimana yang dituduh golongan yang beliau gelar sebagai Kumpulan Parasit dalam PAS.

Beliau dengan tegas mendakwa JATI adalah platform yang beliau lancarkan bagi memperkukuhkan 2 Prinsip yang diutarakan iaitu Islam Melayu dan Institusi Raja-Raja (IMR) yang dilihat beliau semakin pupus ketika memegang jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor bagi portfolio Hal Ehwal Agama dan Adat Istiadat Melayu.

Sumber: KLPos

No comments: