Friday, February 3, 2012

Siri Jelajah Hassan Ali - Siapa sponsor?

Hassan Ali dikerumuni Pemuda Waris Malaya
Siapa Waris Malaya ? Adik beradik Pekida dan Pemuda UMNO! Nama pun Malaya, nama yang diberikan Penjajah British. Facebook Waris Malaya

Tiga buah khemah disediakan diperkarangan rumah penyokong kuat Ezzam di Jalan Kebun era reformasi 98. Kalau diteliti gambar-gambar di facebook waris ini kebanyakan penonton adalah dari kalangan orang-orang UMNO sendiri.... kesian Hassan Ali!

Antara yang hadir Abdul Raouf Mokhtar(Naib Ketua UMNO Bhg Kota Raja) beri semangat Hassan Ali.

Tiga serangkai - Pengerusi Waris (Sheikh Weshal), Naib Pengerusi UMNO Kota Raja (Raouf Mokhtar) dan Senatak (Ezzam)

Bukankah Ezzam ini DS Najib bagi anugerah khas menjadi senator! Faham-faham jelah tugasan yang perlu digalas oleh Ezzam untuk mengekang kemaraan PR. Bukankah Ezzam antara individu yang mahukan DSAI kembali ke pangkuan UMNO! Bukankah Ezzam antara orang tengah yang mahu mengahwinkan UMNO PAS di Selangor! Lu tafsir sendirila....

Sumber gambar: Facebook Waris

No comments: