Monday, June 11, 2012

Kununnya Pembela.....

tapi masa kuat dialah Maharaja yang bermaharajalela...... Seorang Kerabat Diraja Negeri Sembilan, mendedahkan Almarhum Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman pernah menerima panggilan ugutan dari seorang menteri kanan Umno pada tahun 1993. Tunku Harny Tunku Hanan, anak saudara kepada Almarhum Tuanku Ja’afar, berkata panggilan tersebut dibuat ketika isu pemindaan Perlembagaan terhadap kuasa Raja-raja Melayu pada tahun itu. Tunku Harmy Tunku Hanan berkata beliau mengetahuinya setelah diberitahu oleh Almarhum Tuanku Ja’afar sendiri melalui satu panggilan telefon. “Jadi tuan-tuan, ada suatu malam kira-kira jam 11.00 malam, saya mendapat satu panggilan telefon daripada Almarhum Tuanku Jaafar masa tu dia adalah Timbalan Yang Dipertuan Agung. “Dia tanya, Harmy buat apa tu? Tak tidur ke? Belum Tuanku. “Ni esey ni dapat panggilan telefonlah. Telefon apa Tuanku? “Tadi ada senior minister baru telefon sekejap tadi, dia kata, Tuanku … kalau Tuanku tak hendak sain isu (pindaan) perlembagaan ini, saya akan tiupkan seruling pemberontakan di seluruh negara. “Raja-raja Melayu akan saya seret ke jalan raya dan akan kami campakkan ke dalam kawah,” VIDEO BOLEH DILIHAT DI : http://www.youtube.com/watch?v=dvtGTEiV31c&feature=channel&list=UL

No comments: