Saturday, June 16, 2012

Lagak orang kaya....

Orang kaya (bukan semua) kalau nak sesuatu tunjuk jer..... kad kredit ada brape yer tak? Berbelas-belas...... tapi kalau tak diurus dengan baik nanti makan diri. Ini gelombang rakyat! Bukan gelombang warna atau fatamorgana, ini 'real'. Orang Sabah pun sudah semakin cerdik dan matang. Akses internet ditempat mereka pun sudah bertambah baik. Siapa pulak yang kena jadi kambing hitam dan kambing putih nanti - kita tengoklah....

Dari Malaysia Chronicle

Perpecahan BN Sabah? Najib mungkin tunda PRU ke 2013 dan tawar RM 1.5 juta untuk Ahli Parlimen kekal dalam BN Najib yang semakin kesuntukan masa disebabkan pilihanraya umum yang harus diadakan menjelang pertenghan tahun hadapan, telah berpaling kepada cara yang paling efektif untuk BN mendapat kembali kepercayaan rakyat yang semakin beralih kepada pihak pembangkang Pakatan Rakyat - Wang ringgit!
Najib telah ditakutkan dengan perkhabaran bahawa Anwar akan mengumumkan 6 pemimpin BN yang bakal melompat parti ke PKR dan 2 orang daripadanya mempunyai kerusi Parlimen.
Walaupun ini tidak akan memberi kesan kepada pembahagian kuasa, pemerhati menjangka bahawa ini boleh member kesan domino terhadap pemimpin Sabah yang sedang cuba melarikan diri daripada parti BN yang semakin goyah dan mungkin buat pertama kalinya menyaksikan pertukaran rejim dalam masa 55 tahun.


 Tawaran yang belum di sahkan lagi untuk tarik semula Ahli Parlimen 


 Tidak hairanlah sekarang terdapat pula khabar yang dibocorkan media Umno bahawa ahli parlimen –ahli parlimen ini akan mendapat RM1.5 juta setiap seorang selepas Bujet 13 dibentangkan pada 28 September. 


Menurut Malaysian Insider, ahli parlimen BN yang menghadiri mesyuarat pra persidangan parlimen itu telah mengesahkan bahawa terdapat rancangan sedemikan yang dicadangkan oleh Najib tetapi tiada yang berani untuk mengesahkan jumlah sebenar yang diperuntukkan. Ada yang mengatakan bahawa peruntukkan ini akan diberi sekiranya dipinta. 


 “Kami terpaksa memohonnya berdasarkan projek tertentu,” Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi, Fadillah Yusof dilaporkan sebagai berkata. 


 Para Ahli Parlimen BN ini tidak keberatan untuk memberikan maklumat termasuk maklumat bahawa ia akan mengambil masa 3 bulan untuk projek-projek dikenal pasti dan dijalankan. Mereka juga mengatakan bahawa bantuan wang BR1M yang dirancangkan untuk kali kedua itu mungkin akan mengambil masa untuk dijalankan sekiranya ia diluluskan pada Bujet 2013. 


“Ini bermakna, Najib tidak akan mengadakan PRU 13 dalam masa terdekat. Beliau sedang cuba untuk menangguhkan perpecahan BN Sabah, “ ujar naib presiden PKR dan ahli parlimen Batu, Tian Chua kepada Malaysia Chronicle. 


 ?“Beliau sedang menunggu satu keajaiban yang tidak mungkin akan berlaku. Sabah sedang diperhatikan dan ia boleh menyebabkan berlakunya kesan domino sekiranya ahli parlimen BN yang diperkatakan ini memutuskan ikatan dengan UMNO demi menjamin peluang mereka untuk mengekalkan kerusi mereka. Umno-BN bukanlah nama yang digemari di Malaysia buat masa sekarang.” 


PRU 13 tahun depan- fokus sekarang pemilihan UMNO 


Pilihanraya ke 12 Malaysia telah diadakan pada 8 Mac 2008 dengan pemimpin yang ada sekarang mengangkat sumpah pada 28 Mac. Oleh itu, mandat 5 tahun BN akan berakhir secara automatik pada 28 Mac. Suruhanjaya Pilihanraya ada 60 hari untuk menentukan tarikh pilihanraya ke 13 yang harus diadakan sebelum 28 Jun 2013. 


Rakyat Malaysia dan juga para pelabur luar tertanya-tanya bilakah PRU 13 akan diadakan dan ini membuatkan mereka merasa menyampah terhadap sikap Najib yang tidak boleh membuat keputusan. Pemimpin berusia 58 tahun itu berhadapan dengan kemungkinan kalah teruk akibat kehilangan kepercayaan terhadap pakatan BN yang telah memerintah sejak 1957. 


“Jika mengikut tanda-tanda dan menunggu BR1M untuk member kesan, ia kelihatan seperti Najib sedang memberi isyarat bahawa PRU 13 akan diadakan tahun hadapan. Bagi pihak Pakatan, kita masih tidak boleh berehat. Mana-mana hari pun adalah hari yang mungkin untuk Najib membubarkan parlimen jadi kita harus sentiasa bersedia,” beritahu Chua Jui Meng, naib presiden PKR kepada Malaysia Chronicle. 


“Tapi ada cerita lain pula bagi Umno. Apa yang berlaku sekarang yang lebih penting adalah pemilihan dalam parti- siapa yang akan menjadi orang penting dan siapa yang boleh dapatkan kerusi parlimen dan DUN


Inilah yang akan diperjuangkan mereka dalam parti buat masa sekarang. 


Tekanan dari setiap segi: semua mata tertumpu pada UMNO 


Sememangnya Najib terpaksa berhadapan dengan tekanan dari semua pihak termasuk daripada orang dalaman partinya sendiri yang dahagakan kerusi dan tempat boleh menang diperingkat negeri dan juga persekutuan. 

Pertelingkahan dalaman semakin menjadi-jadi dan ada yang terang-terangan memberitahu bahawa dengan bertandinglah kekuatan parti akan diuji. Minggu lepas bekas Menteri Pelancongan, Abdul Kadir Sheikh Fadzir mengumumkan pembentukan parti baru –mungkin beliau sudah tahu ke mana arah bertiupnya angin. Parti itu cuba untuk menegakkan semula perjuangan asal Umno dan melahirkan ‘Bangsa Malaysia’.   


"Ikatan berkata bahawa mereka tidak akan bertanding PRU 13 dan sudah tentulah ia tidak akan mendapat lesen untuk berbuat demikian. Akan tetapi, ia mungkin tidak perlu untuk melakukan semua itu kerana hampir pasti ramai dikalangan ahli parlimen Umno yang tidak berpuashati dengan Najib dan akan menyertai Ikatan hanya untuk protes sekiranya Najib terlalu tamak dalam pemilihan parti dan mendapatkan semua untuk dirinya, orang-orangnya dan Mahathir sahaja,” ujar seorang pemerhati Umno kepada Malaysia Chronicle. 

Beliau merujuk kepada bekas perdana menteri Mahathir Mohamad, satu-satunya veteran Umno yang Najib mahukan sokongan dan menyandarkan kelestarian kerjaya politik beliau di dalam dan luar Umno. 

Malaysia Chronicle

No comments: